Penjaga gol legenda Sepanyol dan Real Madrid – Iker Casillas semalam dilaporkan dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung.
Berita itu membuatkan ramai peminat bola sepak di seluruh dunia resah dan bersedih. Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Iker Casillas.
Iker Casillas diserang masalah jantung itu ketika sesi latihan pada Rabu lalu.
Kelab Porto kemudiannya menghebahkan perkara itu kepada umum. Dan Porto turut mengesahkan Casillas akan diberikan cuti awal dan tidak terlibat lagi dalam baki musim ini walaupun hanya untuk latihan.
Selepas beberapa jam dimasukkan ke hospital, Casillas memberikan respon positif dan beliau bangun semula. Casillas menganggap ia detik yang sangat menakutkan.
Casillas disahkan sudah kembali stabil. Dan beliau terus memuat naik status mengucapkan terima kasih di atas mesej sokongan yang beliau terima dari seluruh dunia.
Penjaga gol yang paling banyak penampilan untuk Sepanyol itu berkata: “Segalanya terkawal, satu detik yang sangay menakutkan tetapi saya kuat seperti biasa.”
“Terima kasih tak terhingga kepada semua mesej dan juga kasih anda kepada saya.”
Todo controlado por aquí, un susto grande pero con las fuerzas intactas. Muchísimas gracias a todos por los mensajes y el cariño 😃💪🏼 pic.twitter.com/i3TXsELUGD
— Iker Casillas (@IkerCasillas) May 1, 2019
Ciapan tweet Casillas ini disambut dengan rasa lega dan gembira para peminat bola sepak yang melihat senyuman di wajah legenda itu.
Para peminat juga mendoakan agar Casillas akan lekas sembuh sepenuhnya dan berehat dengan sebaiknya.