Iker Casillas puji Gianluigi Buffon dalam temu ramah beliau bersama UEFA.
Kedua-dua pemain ini adalah wajah utama bola sepak Sepanyol dan Itali apabila bercakap mengenai penjaga gol.
Sepanyol dan Itali mungkin sudah punya David De Gea dan Gianluigi Donnaruma sebagai pengganti mereka namun ia mungkin tidak dapat menolak yang kedua-dua pemain ini masih lagi dipuja seluruh dunia.
“Tiada yang lain sepertinya”
Iker Casillas puji Buffon dalam temu ramah UEFA menjelang aksi UEFA Champions League diantara Porto dan juga Juventus menceritakan apa pendapat beliau mengenai penjaga gol tersebut.
Katanya, beliau sangat beruntung kerana berjaya menjadi dapat seorang penjaga gol yang setanding dengan Buffon.
“Untuk jadi seorang penjaga gol yang lebih muda dari beliau dah cukup baik. Ketika remaja, saya banyak lihat bagaimana gaya dan personaliti beliau.”
“Kami berdua beruntung kerana apabila kami semakin membesar, kami berkembang dan berjaya serta punya karier yang hampir sama kejayaannya.”
Casillas dan Buffon boleh dikatakan antara penjaga gol yang cukup berjaya. Hal ini kerana segala kejuaraan yang disertai mereka berakhir dengan mereka menjadi johan.
“Kami menang banyak benda dan kami sering berlawan sesama sendiri.”
“Saya rasa bola sepak Itali tak akan ada penjaga gol seperti beliau lagi.”
Persaingan sihat
Seperti perseteruan 2 lagenda tenis Roger Federer dan Rafael Nadal yang dianggap sebagai ‘permusuhan sihat’ kerana kedua-duanya saling menghormati satu-sama lain – begitu juga dengan persaingan antara Casillas dan Buffon.
Casillas menganggap persaingan diantara kedua-dua pemain ini sebagai ‘permusuhan sihat’ dan positif. Malah Casillas juga mengaku yang Buffon antara penjaga gol terbaik di Eropah malah di dunia.
“Kami saling menghormati antara satu sama lain. Dan saya amat beruntung apabila dapat bermain menentang beliau.”
“Beliau adalah seorang pemain yang dikenali di serata dunia. Dan percayalah, beliau adalah sebahagian daripada sejarah kepada sukan bola sepak.”
Baca juga: Derita Pulau Pinang Berterusan, Diratah Teruk Pahang Di Darul Makmur