Ighalo Sanggup Dipotong Gaji Demi Man Utd

Odion Ighalo dalam temuramah pertamanya selepas kembali di England berkata beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk untuk dipotong gaji untuk memastikan perpindahan ke Manchester United menjadi kenyataan.

Pemain antarabangsa Nigeria itu turut mengakui beliau tidak boleh tidur malam pada ketika rundingan untuk beliau ke Old Trafford sedang dilakukan.

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai United dari Shanghai Shenhua secara pinjaman sehingga ke akhir musim ini.

Malah bekas pemain Watford itu mendedahkan ibunya menangis apabila mendapat tahu perkhabaran Ighalo menyertai United, dan penduduk di kawasan kejiranan pemain itu di Nigeria seolah-olah berparti meraikannya.

“Beberapa buah kelab turut menunjukkan minat, tetapi saya berkata, ‘tolonglah, pilih sahaja United jika masih terdapat kemungkinan untuk itu berlaku,” ujar beliau.

“Pada 11pm di Shanghai ejen menghubungi saya dan memberitahu United mahu meneruskan urusniaga. Jadi pada malam itu saya bangun dan mendapatkan penterjemah untuk pergi ke kelab bilik pengarah [Shanghai Shenhua].

“Saya berkata ejen saya mahu bercakap kepada anda. United mahukan saya, dan anda harus memastikan perkara ini terjadi.”

Ighalo dan ejennya pun menghasbiskan masa sepanjang malam melakukan rundingan dan melakukan kertas kerja untuk memastikan mampu mengejar waktu akhir jendela perpindahan [7am] di Shanghai.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa kelab lain turut menghubungi Ighalo. Tottenham Hotspur dilaporkan sebagai salah sebuah pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

“Saya beritahu ejen saya bahawa saya hanya mahukan ini [United],” tambah Ighalo.

“Beliau berkata: ‘Anda akan dipotong gaji jika datang ke sini [Old Trafford].”

“Saya berkata: ‘Saya tidak peduli. Pastikan perpindahan ini menjadi kenyataan. Saya mahu ke United. Saya tidak peduli jika gaji dipotong. Saya faham itu. Pastikan ia berlaku.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN