Guardiola: Barcelona Akan Merana Jika Ditinggalkan Messi

Pep Guardiola menyatakan pandangan beliau tentang Barcelona jika tanpa Lionel Messi. Ternyata, menurut Guardiola, gergasai Catalan itu akan bergelut jika perkara itu berlaku.

Ianya akan menjadi sepertimana situasi Real Madrid, ketika mereka kehilangan Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Pada 2018, Ronaldo memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid dan menyertai Juventus. Real kemudiannya jelas bergelut dengan prestasi dan menamatkan musim lalu dengan prestasi yang terumbang ambing.

Lionel Messi kini dilaporkan tengah tidak sehaluan dengan Pengarah Sukan Barcelona iaitu Eric Abidal. Messi tidak berpuas hati dengan kenyataan Abidal mempersoalkan komitmen beberapa pemain di Barcelona.

Sebagai seorang kapten, Lionel Messi mahu tahu, siapakah pemain yang Abidal maksudkan?

Ini kerana Lionel Messi merasakan setiap pemain Barcelona sudah melakukan yang terbaik setiap kali beraksi dan di pusat latihan.

Messi memiliki klausa – di mana – beliau boleh meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini secara percuma. Manchester City, bimbingan Pep Guardiola dianggap destinasi terbaik untuk beliau bergabung semula dengan bekas bosnya itu.

Guardiola berpandangan, Barcelona akan bergelut teruk jika melepaskan pemain terbaik sepanjang zaman dalam sejarah pasukan mereka itu.

Pep berkata: “Beliau pemain yang sukar untuk diganti. Kerana pemain seperti beliau adalah sangat hebat, mereka pemain yang luar biasa.”

“Jika Lionel Messi meninggalkan Barca, mereka akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri tanpa Lionel Messi.”

“Messi adalah pemain yang sukar dicari ganti, kerana pemain seperti ini menjaringkan 40-50 gol semusim untuk kamu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN