IG Kenyu Sugimoto ‘Diserang’, Penyokong Kedah Perlu Bijak Kawal Keterujaan

Kenyu Sugimoto IG Kedah 2020

Pelbagai spekulasi dicipta sendiri oleh penyokong-penyokong Kedah mengenai identiti pemain tengah yang bakal dibawa ke Darul Aman untuk melengkapkan kouta pemain import Asia.

Tidak dapat dipastikan dari mana dan bagaimana spekulasi yang Kenyu Sugimoto, penyerang kelab J1 League, Urawa Red Diamonds bakal dibawa masuk oleh pengendalinya, Aidil Sharin Sahak.

Hasil dapatan daripada pencarian di internet, spekulasi yang Kenyu Sugimoto bakal menyertai Kedah telah bermula pada penghujung November yang menyaksikan beberapa laman mengandaikan pemain tersebut sesuai untuk bermain bersama Helang Merah.

Ditambah pula dengan perkhabaran yang pengendali kelahiran Singapura itu telah berada di Jepun pada penghujung November lalu, banyak pihak menjangkakan pemain itu adalah dari Jepun.

Selepas Aidil Sharin mengesahkan kepada Semuanya BOLA yang pemain import terakhir sudah dimuktamadkan, sebilangan kecil penyokong sudah ‘memburu’ pemain yang mereka inginkan di laman-laman sosial termasuklah di Instagram, Kenyu Sugimoto.

Ada antaranya yang mengucapkan selamat datang ke Kedah, bertanyakan kebenaran bakal menyertai Kedah, malah ada juga penyokong lain yang memasukkan komen mengkritik Kedah. Selain itu, ada juga dikalangan mereka yang telah meminta Aidil Sharin mengesahkan pemain itu di Instagram pemain itu sendiri.

Wajar atau tidak tindakan tersebut? Walaupun pengendali berusia 42 tahun itu berkata kepada Semuanya BOLA yang beliau amat memahami gelagat penyokong Kedah, namun mengakui semua pihak terutamanya para penyokong perlu mengawal ‘keterujaan’.

Keterujaan penyokong yang lama menanti sememangnya difahami, namun dengan ‘menyerang’ laman sosial pemain-pemain yang belum tentu menyertai pasukan dilihat kurang menyenangkan di pihak pemain tersebut serta di pihak pengendali pasukan juga.

Sekiranya pemain itu bukanlah pemain yang dimaksudkan, apakah kesudahannya? Adakah penyokong akan malu? Sudah tentu tidak. Pemain yang sepatutnya datang, pemain yang ‘diserang’ dan juga pengendali pasukan akan merasa kurang selesa dengan situasi ini.

Selain itu, hasil pemantauan Semuanya BOLA, pemain tersebut merupakannya penyerang untuk Urawa Red Diamonds dan boleh beraksi di posisi sayap kanan dan kiri. Untuk musim 2019, pemain berusia 27 tahun itu telah beraksi sebanyak 34 kali dan meledak tiga gol dalam semua pertandingan yang disertai kelabnya.

Jika benar sekalipun, Kenyu Sugimoto bakal menyarung jersi Hijau Kuning pada musim 2020, penyokong seharusnya menerapkan sifat sabar dalam diri masing-masing dan sebagaimana yang Aidil Sharin telah katakan, “Tunggu pengumuman rasmi daripada KFA.”

Pengumuman tersebut dijangkakan dalam masa terdekat kerana Helang Merah pasti mahu pemain yang dikatakan ‘jeneral padang’ itu mampu membentuk kesefahaman jitu bersama pemain-pemain lain sebelum pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Ini adalah pandangan peribadi penulis selepas berhubung dengan pengendali Kedah mengenai ‘keterujaan’ penyokong setakat ini. Diharapkan penyokong Kedah akan lebih bertenang. Jika mahu ‘intai’ mana-mana pemain, lakukanlah tanpa meninggalkan jejak.

Kredit Featured Image: IG Kenyu Sugimoto

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN