Quantcast

LIGA MALAYSIA

Ifwat Akmal Seru MFL Guna VAR, Gol Safawi Ganggu Fokus

Ifwat Akmal menyeru agar pengendali Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) segera menggunakan VAR selepas ini di dalam pertandingan bola sepak domestik.

Ianya gara-gara Ifwat tidak pasti sama ada gol kedua JDT oleh Safawi Rasid dalam aksi final tempoh hari benar-benar melepasi garisan gol ataupun tidak.

Safawi Rasid melakukan sepakan percuma yang terkena bahagian bawah palang gol dan melantun. Penjaga garisan gol pada malam itu mengesahkan bola telah melepasi garisan gol.

Ifwat menegaskan gol kedua itu telah mengganggu fokus pasukan Kedah yang sukar untuk mendapat rentak.

Kesannya mereka tidak dapat mengekang pasukan Harimau Selatan tersebut. Kedah tewas 0-3 di tangan JDT pada aksi final.

Dipetik dari Harian Metro, Ifwat berkata: “Melihat kepada gol kedua itu, sebenarnya saya pun tak nampak keadaan sebelum pengadol mengesahkan jaringan itu – yang disahkan oleh pembantu pengadil yang berada di sebelah kiri gol [Kedah].”

“Harap selepas ini, MFL boleh menggunakan VAR bagi mengelakkan gol kontroversi seperti ini berlaku lagi.”

Pandangan penulis pula, untuk menentukan gol melepasi garisan gol atau tak, itu bukan tugas VAR. Ianya adalah tugas Teknologi Garisan Gol ataupun bahasa universalnya – Goal Line Technology.

VAR adalah teknologi yang digunakan untuk meninjau ataupun menyemak semula insiden seperti ofsaid, menyemak semula insiden faul yang dilakukan pemain – terutama yang berpotensi memberikan kad merah.