Peter Crouch Memberikan Komen Kelakar Tentang Ofsaid Firmino Kerana Ketiak

Siapa yang tak kenal Petrer Crouch, bekas penyerang Liverpool dan England. Beliau juga antara pemain yang paling disukai di lama sosial kerana gayanya yang santai dan kelakar.

Terbaru, Peter Crouch memberikan komen tentang ofsaid yang melibatkan Roberto Firmino dalam aksi menentang Aston Villa.

Gary Lineker mempersoalkan kenapa ia boleh ofsaid? Dan beliau percaya Firmino tidak ofsaid.

Ramai yang berpendapat ofsaid itu fractional (sangat sedikit). Namun Premier League menyatakan sebaliknya, di mana menurut mereka ia ofsaid yang marginal ataupun jelas.

Premier League dalam kenyataan rasmi mereka menjelaskan: “Garisan merah itu adalah tanda untuk Firmino, dan ianya kedudukan ketiaknya, menunjukkan ia jelask sekali [secara marginal] di hadapan pemain pertahanan terakhir Villa.”

Jurgen Klopp kemudian diberitahu tentang penjelasan itu dan beliau ssangat tidak percaya dengan apa yang beliau dengarn:

“Kamu, apa? Ketiak dia ofsaid?”

Klopp menganggap reaksi beliau itu bukan satu jenaka. Tetapi beliau serius tidak percaya.

“Jujurnya, perkara seperti ini jangan dibuat gurauan. Kamu tahu, seorang pengurus boleh hilang jawatan jika kalah dalam perlawanan.”

Alan Shearer pula menyatakan penjelasan VAR itu sebagai satu jenaka.

Andy Gray dari BeIn dalam kenyataannya juga tak faham, bagaimana ketiak boleh ofsaid sedangkan beliau tak pernah mendengar ketiak boleh menjaringkan gol.

Klopp menambah: “Ketika mereka mula memperkenalkan VAR dahulu kepada kita, penilaian ofsaid nampak mudah dengan adanya VAR.”

“Namun sekarang ini nampak seperti seseorang cuba sedaya upaya nak mencari bahagian mana yang mereka boleh katakan Bobby [Firmino] ofsaid.”

Peter Crouch kemudian berkata: “Kalaulah saya bermain bola sepak pada era VAR, tangan saya yang panjang ni boleh ofsaid sampai 50 kali.”

Peter Crouch kini menjadi pundit untuk EPL.

Dan beliau sempat bergurau tentang TV yang digunakan oleh VAR dalam analisis beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN