Ifedayo Tunggu ‘Lampu Hijau’ Daripada Nafuzi Zain Untuk Gempur PDRM

Penyerang import baharu Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Ifedayo Olusegun menjadi tarikan baharu untuk Liga Super musim ini, selepas beliau sah menyertai Sang Kenari untuk jendela perpindahan kedua.

Selepas tampil dengan rekod yang cukup cemerlang bersama Selangor, Ifedayo dianggap sebagai senjata baharu untuk Kedah bagi terus memberi cabaran dalam persaingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ketika ini, penyerang berusia 32 tahun itu masih belum boleh beraksi dan hanya mampu menjadi penonton ketika Sang Kenari merekodkan kekalahan 0-1 di tangan Terengganu beberapa hari lalu.

Untuk aksi seterusnya berdepan PDRM, dilaporkan Ifedayo sudah pun dibenarkan beraksi dan kini segalanya terserah kepada pengendali kelab iaitu Nafuzi Zain untuk menentukannya.

Selepas kehilangan bekas penyerang berbisa, Willian Lira yang menamatkan kontrak lebih awal bersama Kedah, pastinya harapan utama serangan kelab kini terarah kepada Ifedayo.

Ketika ini, Ifedayo gigih menjalani latihan bersama pasukan sejak awal ketibaan beliau di Kedah dan bersemangat untuk menunggu segala keputusan bakal dikeluarkan oleh Nafuzi.

“Sudah tentu saya rasa cukup bersemangat memulakan aksi bersama pasukan dan kini sedang fokus dalam persiapan yang mana juga ia aksi pertama saya bersama skuad Kedah.

“Namun samada saya dapat diturunkan dalam kesebelasan utama pada Ahad ini bergantung kepada keputusan yang akan ditentukan oleh barisan kejurulatihan terajui ketua jurulatih, Nafuzi Zain.

“Dengan latihan yang sedang saya jalani bersama pasukan, saya mahu terus memberi fokus utama berkaitan taktikal pasukan mengikut apa yang dirancangkan ketua jurulatih,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Ifedayo juga mengakui faktor persefahaman dan keserasian antara rakan sepasukan sangat penting untuk memberikan impak besar dalam permainan.

“Saya juga sudah melihat perlawanan membabitkan Kedah dan yang terbaharu ketika menentang Terengganu FC (TFC) pada Isnin lalu yang mana ia memberi rumusan buat saya mengenai kombinasi beberapa posisi dalam aspek ketika serangan.

“Jadi saya perlu cepat memahami keadaan kombinasi dalam pasukan ini dan ia penting untuk saya apabila memulakan aksi selepas ini bagi memastikan misi pasukan dapat dicapai,” katanya lagi.

Menerusi rekod sebagai bekas penjaring terbanyak Liga M, kehadiran Ifedayo kini disambut begitu baik oleh penyokong Sang Kenari yang mengharapkan segala terbaik buat skuad kesayangan mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN