Ifedayo Tidak Dapat Beraksi Menentang JDT Kerana Status Pinjaman?

Menjelang perlawanan malam ini dalam saingan Liga Super, Melaka United dilihat sedikit tempang dalam persiapan para pemain untuk menghadapi cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Hang Jebat Paya Rumput.

Apa tidaknya, Melaka United terpaksa menghadapi tugas getir mereka tanpa kelibat tiga pemain iaitu Ifedayo Olusegun, Fadhli Shas, serta Syazwan Andik untuk perlawanan malam ini dalam senarai pasukan.

Jelas Asri Ninggal selaku pengendali Melaka United, posisi Ifedayo yang dilihat agak kritikal itu terpaksa digantikan oleh bekas penyerang kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha kerana beliau calon paling sesuai setakat ini untuk dibawa beraksi.

Tambah beliau, kemasukan Norshahrul selaku penggempur utama malam esok bakal menjadi senjata utama kerana pemain tersebut mempunyai banyak pengalaman sebelum itu untuk menjadi bekalan mereka beraksi.

Kewibawaan penyerang berpengalaman itu bakal teruji malam esok untuk bergandingan bersama Sony Norde selaku penggempur pasukan, sambil Asri mengharapkan persefahaman antara pemain kuat walaupun tanpa kelibat Ifedayo.

Menurut Asri, Ifedayo tidak dapat diturunkan selain Syazwan Andik dan Fadhli Shas kerana ketiga pemain itu merupakan status pinjaman dan pastinya kelibat mereka amat dirasai pengendali tersebut.

“Apapun, pemain dituntut berjuang habis-habisan dalam memastikan saingan sengit diberikan kepada lawan biarpun di atas kertas JDT antara kelab terbaik di negara ini dan di pentas Asia.

“Pada saya pemain perlu bertindak bijak menutup setiap pergerakan lawan yang akan memberi masalah kepada Melaka menerusi rangkaian tengah dan serangan pantas mereka,” katanya menerusi Berita Harian.

Untuk menghadapi perkara tersebut, Asri bakal merombak taktikal bagi menghadapi perlawanan malam ini menerusi pemain yang ada.

Dalam masa sama, Asri juga bakal membawa masuk beberapa nama pemain muda daripada skuad Presiden untuk memenuhi keperluan taktikal direncanakan kelab.

Asri juga optimis sesuatu positif bakal dilakar mereka biarpun tampil serba kekurangan kerana menurut beliau, dalam bola sepak segalanya tiada yang mustahil.

Menjadi persoalan ketika ini, mengapa tiada penjelasan awal mengenai status Ifedayo dalam kem Melaka United selain hanya Syazwan Andik dan Fadhli Shas sahaja diberitahu pihak pasukan sebelum itu.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN