Musim ini seolah-olah serba tidak menjadi buat penjaring terbanyak Liga Super musim lalu iaitu Ifedayo Olusegun apabila beliau gagal untuk memberi impak kebiasaan di hadapan gol dalam perlawanan yang dihadapinya.
Selain ketumpulan di hadapan gol, Ifedayo juga dilihat sangat bergelut untuk memberi prestasi seperti musim-musim lalu dari segi kelincahannya untuk mengatasi pertahanan lawan.
Hari Perlawanan!
Melaka United bakal melayan kunjungan pendatang baharu Liga Super Malaysia, Sarawak United FC di laman sendiri, malam ini.
Dapatkah Skuad Hang Tuah melepasi halangan Skuad The Golden Hornbill di Hang Jebat? Nantikannya.#MatchDay#LigaSuper2022 pic.twitter.com/qKZjcYKzDA
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) June 25, 2022
Justeru, Ifedayo melihat pasukan lawannya malam ini iaitu Sarawak United sebagai sasaran buat dirinya untuk mencipta gol dan mengembalikan momentum beliau selaku penyerang berbisa dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Ifedayo jelas akui dirinya sangat kecewa pada perlawanan lalu sewaktu menentang Negeri Sembilan apabila tidak berpeluang membantu pasukan meraih tiga mata dan kegagalan untuk meledak sebarang gol.
Menurut beliau kini para pemain sudah bangkit dari kekecewaan perlawanan lalu dan sedia untuk mempamerkan aksi positif berdepan Sarawak United.
Kami memilih penjaring dua gol, Ifedayo Olusegun sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (Man of the Match) bagi perlawanan ke-6 Liga Super Malaysia 2022 menentang Kedah Darul Aman FC, malam tadi.#MOTM #LS6#MelakaUnitedFC2022#AllUniteforMelaka pic.twitter.com/ROhUbz5bTY
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) May 6, 2022
Sepanjang bawah kejurulatihan Asri Ninggal, Ifedayo mengakui persembahan para pemain semakin meningkat dari setiap perlawanan yang dihadapi sebelum ini.
Untuk itu, beliau optimis pasukan diwakilinya ini mampu melakar sesuatu yang positif pada aksi malam ini bertemu Sarawak United untuk memburu mata bagi memperbaiki kedudukan carta Liga Super.
“Saya terkilan tidak dapat menjaringkan gol ketika berdepan NSFC kerana memiliki peluang terbaik pada penghujung babak.
“Apapun, sebagai penyerang saya kekal fokus dan berharap mampu meledak ketika menentang Sarawak,” katanya menerusi Berita Harian.
Dalam masa sama, pengendali Melaka United iaitu Asri melihat persembahan Ifedayo perlu dipertingkatkan dalam usaha untuk memburu gol pada perlawanan akan datang sekali gus meningkatkan kembali moral penyerang kelahiran Nigeria itu.
“Peluang sentiasa diberikan kepada pemain kelahiran Nigeria itu untuk membuktikan karakter sebenarnya dan saya harap dia membalas kepercayaan diberikan,” katanya.
Selain Ifedayo, Melaka United pada musim ini turut menandatangani empat lagi pemain import iaitu Justin Baas, Adriano Narcizo, Emmanuel Oti, serta Sony Norde.
Untuk rekod Melaka United musim ini dalam carta Liga Super 2022, mereka telah mengutip lapan mata daripada tujuh perlawanan dihadapi untuk berada ditangga kesembilan liga.