Ifedayo Olusegun: Sanggup Gadaikan Gaji ‘On Time’, Sertai Pasukan ‘Bermasalah’?

Ifedayo Olusegun Melaka United gaji 2022

Pendedahan Khairul Helmi Johari tentang tunggakan gaji selama tiga bulan Melaka United menggemparkan arena bola sepak negara dan penyerang sensasi Selangor FC, Ifedayo Olusegun pula sedang menuju ke sana.

Agaknya apa pertimbangan yang telah dibuat oleh Ifedayo Olusegun ketika bersetuju menyertai Melaka United? Sedarkah beliau tentang masalah demi masalah tunggakan gaji yang dihadapi para pemain skuad Hang Tuah? Sebagai penjaring terbanyak Liga Super dua musim berturut-turut, tentunya beliau menjadi rebutan ramai.

Mungkin faktor kenaikkan gaji menjadi tarikan beliau untuk berhijrah ke Melaka United sedangkan Selangor masih mahu menagih khidmatnya. Melaka United memang tampak semakin stabil sejak pengambil alihan oleh KenTeam Sdn Bhd, namun tidak disangka mereka masih menghadapi masalah pembayaran gaji pemain.

Malah, sebelum ini, Khairul Helmi mendedahkan tidak dimaklumkan khidmatnya tidak dikekalkan pasukan.

Ujarnya kepada Astro Arena, “Sampai sekarang saya masih berusaha untuk dapatkan [baki gaji], pemain masih tunggu. Tidak tahu sampai bila dan harap Melaka dapat selesaikan segera sebab ini sudah masuk musim baru.”

“Ada pemain yang kekal dan ada yang sudah bawa haluan masing-masing. Saya tidak tahu tarikh sebenar yang mereka janjikan, saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin,” tuturnya yang kini menyertai Kelantan FC.

Shukor Adan Beri Melaka United Tiga Hari Selesaikan Isu Gaji Tertunggak

Melaka United Jadi Pasukan Pertama Liga M Terima Hukuman FIFA

Untuk rekod, sebelum ini Melaka United pernah melalui masalah yang sama ketika Shukor Adan menjadi kapten pasukan pada musim 2019. Ia diikuti Curran Ferns yang akhirnya meninggalkan pasukan pada Julai 2020 dan juga Narupon Wild yang membawa kes tersebut ke pengetahuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Jumlah yang perlu dilangsaikan oleh Melaka United seperti yang diarahkan FIFA adalah RM241,726.69.

Adakah Ifedayo Olusegun sanggup gadaikan gaji yang masuk tepat pada masanya untuk pasukan yang ada rekod masalah gaji? Sebagai penyerang berbisa, tempatnya sudah terjamin di Selangor, malah tiada masalah untuk sesuaikan diri di Melaka United, namun mampukah beliau menghadapi masalah bermain tanpa gaji?

Sudah tentu Melaka United menawarkan gaji lumayan buatnya sehingga berjaya menariknya keluar dari Selangor. Dengan rekod 50 gol di Liga Super sepanjang tiga musim di The Red Giants, reputasinya besar.

Statistik Ifedayo Olusegun pada musim ini juga mengagumkan. Ini kerana beliau berjaya memecah rekod penjaring terbanyak Liga Super yang dipegang oleh Mohammed Ghaddar pada 2017 dengan melakar 26 gol

Beliau juga melakar hatrik terbanyak di Liga Malaysia dengan enam hatrik peribadi – memecah rekod Marlon Alex James yang melakar lima hatrik sepanjang kariernya di Malaysia, malah dengan 63 gol diledak sepanjang kariernya di Liga Malaysia, beliau merupakan pemain import dengan rekod jaringan terbanyak setakat ini.

Begitu juga dengan Sony Norde yang memilih untuk kekal selepas cuba dipancing Kedah Darul Aman FC. Tentunya tawaran gaji lumayan membuatkan Ifedayo Olusegun dan Sony Norde memilih skuad Hang Tuah.

Mampukah KenTeam Sdn Bhd dan Melaka United menampung perbelanjaan pasukan hingga ke hujung musim?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN