Ifedayo Buat Kesilapan Besar Apabila Tinggalkan Selangor Demi Melaka United?

Melaka United

Berita berkenaan Melaka United dan Sarawak United tidak bertanding di Liga Super musim hadapan telah menarik perhatian banyak pihak terutama pengikut bola sepak tempatan.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan tersebut, ia bukan sesuatu yang mengejutkan untuk dua pasukan ini menerima hukuman seperti itu. 

Untuk info, Malaysian Football League (MFL) telah mengesahkan dua pasukan ini tidak akan bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.

‘Tiada Lagi Nyawa’ – Melaka & Sarawak Tak Akan Beraksi Di Liga Super 2023

Ini berpunca selepas rayuan permohonan Lesen Kebangsaan telah pun ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab (AB) MFL.

Disebalik kesedihan yang menimpa dua kelab ini, terdapat individu paling sedih iaitu Ifedayo Olusegun atas apa yang berlaku ketika ini.

Hadir dengan reputasi yang gah selaku penjaring terbanyak liga namun ia gagal memberi impak positif buat pasukan Melaka.

Malah, dari segi kedudukan liga pun hanya mampu berada di kedudukan ke-10 liga – jauh lebih teruk ketika bersama Selangor.

Keputusan berhijrah dari Selangor ke Melaka ternyata satu percaturan yang memakan diri selepas gagal menyerlah bersama pasukan baharu.

Sudahlah gagal menyerlah, bahkan prestasi beliau bersama Melaka juga merudum teruk musim ini.

Ketika beliau bersama Merah Kuning, pemain import dari Nigeria berjaya mempamerkan kualiti permainan yang begitu cemerlang malah ketajaman Ifedayo dihadapan gol juga terbukti.

Dua musim berturut-turut memenangi kasut emas atau penjaring terbanyak di Liga Super sudah cukup memberi gambaran bagaimana pemain ini begitu tajam di hadapan gol jika tidak dikawal dengan baik.

Musim ini bersama Melaka, pemain ini bermain sebanyak 15 perlawanan namun hanya mampu mencetak tujuh jaringan dan dua bantuan gol sahaja.

Sebelum datang ke Melaka, Ifedayo meledak 25 jaringan namun ketika bersama pasukan baharu, jumlah gol itu jatuh mendadak.

Siapa yang harus dipersalahkan? Apakah Ifedayo sememangnya ingin berhijrah ke Melaka?

Mungkin ia satu mimpi ngeri buat Ifedayo musim ini dan beliau juga kemungkinan tidak mempunyai kelab untuk bermain musim hadapan jika lambat bertindak mencari pasukan baharu.

Dengan reputasi yang ada, mampukah pemain berusia 31 tahun ini bangkit untuk merebut kembali takhta kasut emas musim depan bersama pasukan baharu?

Untuk info, Malaysian Football League (MFL) telah mengesahkan bahawa dua pasukan ini, Melaka dan Sarawak tidak akan bertanding dalam saingan Liga Super musim depan selepas rayuan permohonan Lesen Kebangsaan telah pun ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab (AB) MFL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN