Satu Enigma
Perancis bukan sahaja kota yang terkenal kerana kotaraya ‘cinta’. Malah mereka juga terkenal dengan naskah naskah dongeng seperti Little Red Riding Hood, Cinderella, Puss In Boots dan Sleeping Beauty.
Sudah pasti anda pernah membaca, mendengar atau menonton naskah naskah tersbut.
Di arena bolasepak pula, kisah Zidane dan rakan rakannya menewaskan Brazil pada 1998 di kota Paris juga antara kisah ‘fairytale’ yang kekal dalam ingatan kita.
Kini kita masih menanti siri seterusnya kisah pahlawan Iceland yang akan beradu dengan gergasi sekali lagi pada awal pagi esok.
Selepas berjaya mengulangi episod Iceberg yang menenggelamkan kapal dari England, Titanic. Kini negara ‘sejuk’ ini dalam usaha untuk membekukan seekor lagi gergasi.
Ia adalah perkara yang sentiasa disebut mustahil oleh kita sebelum wisel penamat perlawanan, namun setakat ini mereka masih berada di dalam kejohanan ini.
Mereka antara pasukan yang konsisten menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. Adakah mereka cuma berharap kepada bertahan sahaja ? Sudah tentu tidak.
Mereka boleh menyerang dan menjaringkan gol dengan cara yang sukar diduga.
Diramalkan sehingga 50% daripada 330,000 penduduk Iceland berada di Paris pada hari ini selepas pasukan ini menewaskan England.
Manakala 50,000 lagi dijangka akan memenuhi datara Reykjavik di Iceland. Maknanya cuma sekitar 100,000 orang sahaja yang akan melakukan benda lain dan menonton tv di rumah.
Perancis tiada pilihan lain selain menang
Status tuan rumah bukanlah sesuatu yang mudah. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada .Brazil di Piala Dunia 2014, Poland atau Ukraine pada Piala Eropah 2012 dan Jerman pada Piala Dunia 2006.
Namun untuk Perancis, mereka adalah negara terakhir yang memenangi Piala Eropah (1984) dan Piala Dunia (1998) sebagai hos kejohanan.
Langkah mereka kali ini agak bergaya walaupun ramai mempertikaikan keputusan Deschamps untuk tidak menyenaraikan nama nama besar seperti Benzema, Gameiro dan Hateem Ben Arfa dalam skuad kali ini.
Kem mereka diserang oleh Cantona secara verbal yang menuduh Deschamps sebagai rasis lantas dinafikan oleh Deschamps.
Saya terus membayangkan bahawa kem Perancis mungkin akan bergolak lagi sebagaimana yang berlaku pada Piala Dunia 2010 kem Evra-Anelka yang tidak sehaluan dengan pengurus Raymond Domenech.
Ia memberikan impak negatif kepada pasukan apabila pasukan penuh bintang itu gagal layak pusingan 16 pasukan terakhir dan menduduki tangga ke-4 dalam kumpulan A.
Tapi kisah kali ini berbeza. Pemain kelihatan mahu membuktikan jurulatih mereka membawa orang yang betul.
Perancis melepasi peringkat kumpulan serta mara ke suku akhir dengan lancar. Payet, Griezman dan N’golo Kante antara pemain yang dalam senarai calon pemain terbaik kejohanan kali ini.
Iceland sentiasa ‘sejuk’
Saya memetik translasi langsung daripada perkataan ‘cool’. Satu keadaan yang tenang dan bersahaja dan pada masa yang sama mereka juga agak bergaya.
Ia juga perlambangan yang sinonim dengan negara mereka yang sejuk.
Mereka tidak berada dalam tekanan yang ‘panas’. Walau apapun keputusan awal pagi nantu mereka sudah pun digelar lagenda oleh peminat mereka dan komuniti bolasepak dunia kerana pencapaian mereka.
Bolasepak mereka yang dianggap ortodok, tradisional, konservatif dan rigid oleh media. Siapa kisah ? Mereka bukannya ada pemain yang lincah atau berskil tinggi.
Tetapi mereka ada semangat bermain dalam pasukan dan cuba melakukan sesuatu di dalam padang tanpa memikirkan soal lain termasuk publisiti media dan kehidupan ala selebriti.
Jika sebelum ini, kapten mereka menyatakan perlawanan menentang England adalah sejarah terbesar dalam catatan bolasepak mereka.
Sehari selepas itu, catatan itu berubah kepada, kemenangan ke atas England adalah yang terbesar. Perkara yang sama juga awal pagi nanti.
Sebelum perlawanan mereka sudah berada dalam sejarah tersendiri. Jika menang ia akan menjadi nilai tambah lebih besar dalam cerita ‘dongeng’ mereka.
Iceland boleh kalahkan sesiapa sahaja
Iceland telahpun mencipta sejarah luar biasa dalam Piala Eropah 2016 dengan menewaskan England di pusingan 16.
Kini, si kerdil Nordic akan berdepan dengan satu lagi gergasi dalam bolasepak dunia yang juga pasukan tuan rumah.
Namun, tiada yang mustahil. Cuba imbas kembali wajah para pemain England yang tergamam ketika ditewaskan oleh mereka.
Mereka telah membuktikan mereka boleh menewaskan sesiapa sahaja. Dalam kelayakan Euro 2016, Iceland menewaskan Belanda yang cemerlang dalam Piala Dunia 2014.
Mereka juga menang home & away ke atas Republik Czech dan Turki. Dalam Piala Eropah sebelum menentang England, Iceland telah menewaskan pasukan ranking ke-10 dunia Austria.
Iceland n tidak mempunyai pemain bintang. Namun mereka memiliki kelompok individu yang luar biasa termasuk pengarah filem dan doktor gigi separuh masa dalam pasukan mereka.
Perancis akan turun tanpa pemain tengah utama N’Golo Kante dan bek tengah Adil Rami kerana penggantungan.
Kisah dongeng yang Denmark pada Piala Eropah 1992 dan Greece pada 2004 serta yang terbaru adalah kisah Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris mungkin akan menjadi inspirasi untuk mereka.
Tak mustahil mereka akan menjadi sang kerdil seterusnya yang akan melakar nama sebaris dengan pasukan pasukan di atas.
Siapa Akan Mara?
Kekalahan bukan opsyen untuk Perancis. Iceland pula tiada sebab untuk rasa takut dengan Perancis kerana mereka sudah terlalu jauh melepasi sasaran mereka.
[adrotate banner=”9″]
Baca juga: 6 Rahsia Kejayaan Bola Sepak Iceland, Negara Paling Kecil Yang Layak EURO 2016