Bintang Inter Milan, Mauro Icardi menjadi pemain bukan dari Juventus yang pertama memenangi Anugerah Pemain Terbaik Serie A 2017/18 selepas Zlatan Ibrahimovic pada 2011. Zlatan ketika itu memenangi anugerah itu sebagai pemain AC Milan.
Sementara itu, Massimo Allegri menang Jurulatih Terbaik Serie A untuk kali ke-4 menewaskan pencabar terdekat Maurizzio Sarri. Allegri berkata: Saya gembira bekerja dengan sekumpulan orang-orang hebat.”
“Saya bertuah kerana bekerjasama dengan ramai pemain luar biasa dan malam ini saya ada nampak maestro, Andrea Pirlo turut hadir. Ianya satu kebangaan tak terhingga untuk bekerjasama dengan pemain seperti mereka.”
Mauro Icardi musim lalu berada dalam prestasi terbaik. Mauro Icardi memenangi kasut emas bersama Ciro Immobile selepas kedua-dua mereka menjaringkan 29 gol. Icardi membantu Inter Milan kembali semula ke UCL.
Jaringan Icardi ketika menentang Samdporia dipilih sebagai jaringan tercantik Serie A 2017/18. Beliau menjaringkan gol menggunakan backheel.
https://twitter.com/_FedeNerazzurra/status/1069692634573074432
Icardi kurang bersetuju dengan pemilihan itu dan menganggap gol beliau ke atas AC Milan adalah lebih cantik. Mauro Icardi kini pastinya lebih menjadi rebutan banyak kela lain di Eropah.
Pertahanan Fiorentina Alia Guagni memenangi Anugerah Pemain Terbaik Serie A bagi kategori wanita. Andrea Pirlo dan Francesco Totti memenangi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
Sementara itu, ini adalah senarai penuh Pasukan Tahunan Serie A 2017/18; Alisson (Roma); Cancelo (Inter), Koulibaly (Napoli), Chiellini (Juventus), Alex Sandro (Juventus); Pjanic (Juventus), Milinkovic-Savic (Lazio), Nainggolan (Roma); Dybala (Juventus); Icardi (Inter), Immobile (Lazio)