Kapten Inter Milan, Mauro Icardi berpandangan hanya ada 2 pasukan yang bersaing untuk Serie A musim ini iaitu Juventus dan Roma.
Beliau percaya Inter Milan akan mampu untuk berada di tangga ke-3 pada akhir musim ini.
Usaha Inter Milan untuk mendapatkan slot UCL musim hadapan agak terganggu dengan kekalahan kepada Roma pada Ahad lalu.
Icardi kekal optimis, Inter akan ke UCL pada musim hadapan. Beliau berkata kepada Gazetta Dello Sport:
“Anda harus lupakan segala keputusan buruk dan fokus kepada perkara di hadapan. Lebih-lebih lagi anda berjaya menyaingi kualiti lawan anda.”
“Kami masih dalam persaingan ke UCL sehinggalah angka itu nanti menyatakan kami sudah tersingkir.”
“Kami masih yakin untuk menamatkan liga di tangga ke-3 dan objektif itu akan tetap sama.”
“Buat masa ini, kami harus memberikan segala usaha dan saya sangat yakin.”
“Kami perlu ada mentaliti untuk menang yang lebih tinggi. Ia perkara yang kami gagal tunjukkan dalam beberapa perlawanan.”
“Konsistensi adalah perkara paling penting untuk anda memberikan perbezaan dalam peringkat tertinggi. Dan kami masih belum memilikinya.”
“Kami harus jadikan kemenangan itu sebagai perkara biasa, bukannya perkara luar biasa.”
Ditanya sama ada Roma masih menyaingi Juventus untuk Scudetto musim ini, Icardi berkata:
“Kedua-dua pasukan sama kuat dengan cara mereka tersendiri. Namun begitu, di akhir musim, trofi yang akan bercakap siapa lebih baik.”
“Jika Juventus sudah menang Scudetto dalam 5 musim terakhir menjadikan mereka pasukan yang perlu dikalahkan, ini bermaksud mereka bermain bola sepak terbaik.”
“Bermakna pasukan lain cuma bersembang sahaja.”
Adakah Juventus akan menjuarai Scudetto untuk kali ke-6 berturut-turut musim ini?
Baca juga: Rangkuman Liga Perdana 2017 Minggu 8: UiTM FC Jaring 7 Gol Tewaskan MISC-MIFA