Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic memohon supaya para penyokong terutamanya peminat AC Milan agar dapat memainkan peranan penting dalam membendung wabak COVID-19 yang kini masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berakhir sepenuhnya.
Beliau yang turut disahkan positif wabak tersebut sebelum ini sudah pun pulih sepenuhnya dan tidak menunggu lama untuk terus menjadi watak utama terhadap kebangkitan AC Milan pada musim ini.
Sedar dengan bahaya yang masih tetap akan menanti, Ibrahimovic menasihati agar penyokong dapat mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan pihak berkuasa dalam usaha untuk menangani penularan pandemik tersebut.
Dengan nada yang ‘angkuh’ [seperti kebiasaan buat Ibrahimovic], penyerang veteran itu menegaskan bahawa orang ramai bukanlah seperti dirinya yang mampu untuk ‘menewaskan’ wabak berbahaya itu.
”Virus itu cuba untuk mencabar saya dan saya berjaya menewaskannya,” ujar Ibrahimovic menurut laporan Goal.
”Tetapi anda bukan Zlatan. Jadi, jangan sesekali cuba untuk mencabar virus tersebut.”
”Gunakan akal yang sihat itu, hormati peraturan yang telah ditetapkan. Lakukan penjarakan fizikal dan [memakai] pelitup muka, sentiasa. Kita pasti akan menang.”
Selain Zlatan yang sudah pulih daripada wabak itu, bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo pada ketika ini turut disahkan positif COVID-19 apabila dua kali ujian telah dilakukan terhadapnya menunjukkan keputusan yang sama [positif].”
Keadaan itu menyaksikan beliau terlepas aksi bertemu Barcelona tempoh hari di mana menyaksikan pertembungan impian bertemu Lionel Messi tidak berjaya direaliasikan.
Kredit featured image: Emilio Andreoli/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Zlatan Ibrahimovic:
Serie A ‘Hidup Semula’ Kerana Zlatan Ibrahimovic, Bukan Ronaldo
Didapati Negatif, Covid-19 Gagal Tewaskan Zlatan Ibrahimovic