Ketika Zlatan Ibrahimovic mengumumkan yang beliau tidak akan menyambung kontrak beliau bersama skuad Paris Saint-Germain, beliau terus dikaitkan dengan pelbagai kelab.
Namun akhirnya, beliau memilih untuk ke England bersama Manchester Untied.
Akan tetapi, terdapat sebuah kisah yang membuatkan beliau hampir ke Serie untuk kali ke-4.
Pelakon TV
Seorang pelakon drama bersiri yang terkenal di Perancis bertajuk Gomorrah iaitu Salvatore Esposito memberitahu Squawka yang beliau hampir berjaya untuk membawa Ibrahimovic ke Napoli.
Beliau berkata, Ibrahimovic sebenarnya gemarkan bandar Naples dan pernah menimbangkan tawaran untuk beraksi dengan kelab yang terkenal dengan lagenda Diego Maradona itu.
Namun begitu, bekas penyerang antarabangsa Sweden itu memilih untuk ke Manchester United.
Esposito memberitahu yang drama siri Gomorrah merupakan sebuah drama bersiri yang cukup terkenal di Perancis dan ia juga ditonton oleh Ibrahimovic.
Malah menurut Esposito, beliau hampir berjaya memujuk pemain itu selepas mengetahui amat meminati watak yang dibawa oleh pelakon itu dengan menggunakan nama watak Genny Savastano.
“Sewaktu saya melawat Paris Saint-Germain, saya sempat bertemu dengan Ibrahimovic.”
“Ketika pertemuan itu, beliau menzahirkan minat beliau terhadap siri Gomorrah dan juga watak lakonan saya. Kesempatan itu saya gunakan untuk pujuk beliau bermain untuk Napoli.”
Walaupun tidak sertai Napoli, namun Ibrahimovic memberi bayangan akan kembali mempertimbangkan langkah ke kelab tersebut jika beliau memilih untuk tidak lagi bersama dengan Manchester United.
Jom sertai peraduan teka MOTM & menangi hadiah menarik!
Sempena aksi Kedah menentang Terengganu malam ini, jom sertai peraduan teka pemain terbaik perlawanan bagi perlawanan tersebut dan menangi hadiah menarik!
Tapi macam nak sertai? Boleh rujuk grafik di bawah untuk ketahui syarat-syarat penyertaan. Semoga berjaya!
Baca juga: TCH: “Teruskan Kecemerlangan Kedah Demi Penyokong Tercinta”