“Ibarat Perlawanan Hidup Dan Mati Buat JDT” – Bergson Mahu Terus Ledak Gol Atasi Lawan

Perlawanan petang esok bakal menjadi satu misi mencabar buat Johor Darul Ta’zim kerana bakal berdepan sekali lagi jaguh dari Korea Selatan iaitu Ulsan Hyundai dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan I dalam saingan ACL musim 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Salah seorang pemain JDT iaitu Bergson Da Silva antara pemain yang paling bersemangat untuk beraksi petang esok sambil beliau memasang impian membawa pasukan diwakilinya melangkah ke pusingan lebih jauh.

https://twitter.com/theafccl/status/1520010093315735557?s=21&t=e7oIp7CmowZgiG5w5UuWuQ

Walaupun sedar laluan berliku bakal dihadapi esok, menurut penyerang berbisa itu segalanya tiada yang mustahil dalam dunia bola sepak sekiranya para pemain mampu memberi komitmen dan fokus sepenuhnya pada perlawanan dihadapi.

Tambahan lagi, JDT telah pun mencipta kejutan pada perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan dahulu setelah berjaya memberi kejutan buat Ulsan Hyundai dengan menoktahkan kemenangan atasi kelab tersebut.

Jika dilihat pada prestasi semasa, gandingan Bergson dan Fernando Forestieri bakal memberi sekali lagi masalah buat pertahanan kelab dari Korea Selatan itu untuk mengawal kedua pemain tersebut.

Bergson sendiri pastinya bakal tampil dengan lebih bermotivasi apabila beliau telah pun dipilih selaku pemain terbaik perlawanan sebanyak tiga kali berturut-turut sepanjang kempen kejohanan ini dan sudah pun meledak sebanyak enam gol daripada lima perlawanan.

“Apabila beraksi bersama JDT ada perasaan dahagakan jaringan dan saya mahu teruskan momentum menjaringkan gol dan aksi menentang Ulsan Hyundai amat penting kerana kami berada di landasan tepat mara ke pusingan seterusnya.

“Hanya perlu memberi tumpuan bukan saja 100 peratus, tetapi lebih daripada itu dan ia ibarat perlawanan hidup dan mati buat JDT kerana jika kami silap langkah, peluang mara ke pusingan seterusnya mungkin tertutup.

“Oleh itu, semangat berpasukan yang sememangnya sudah lama wujud di dalam pasukan JDT memainkan peranan penting bagi merealisasikan impian melangkah lebih jauh, sekali gus mencipta sejarah bola sepak Malaysia apabila JDT mara ke pusingan 16 pasukan terbaik buat pertama kali,” katanya menerusi Arena Metro.

Menyedari gandingan beliau bersama Forestieri berjaya menggugat gawang gol lawan, para pemain pertahanan skuad kendalian Hong Myeong-bo itu pastinya bakal merencana idea untuk menyekat kemaraannya di hadapan gol.

Namun, pemain dari Brazil itu enggan memikirkan situasi berkenaan sambil mengharapkan agar semua rakan pemain mampu mengikuti arahan taktikal Benjamin Mora dengan baik untuk memerangkap lawan.

Untuk Bergson sendiri, beliau berazam untuk memberi segala yang terbaik serta bakal memperkemaskan lagi corak permainan bagi memburu gol buat pasukan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN