Moussa Sidibe telah diumumkan sebagai pemain import terbaru JDT, sekali gus melengkapkan senarai pemain import kelab dari selatan tanah air itu pada musim ini.
Pemain sayap berusia 27 tahun itu dumumkan ketika JDT sedang berada di Dubai untuk latihan pra musim. Sidibe juga disahkan telah pun melapor diri bersama juara Liga Super Malaysia (MSL) apan kali beturut-turut itu.
Welcome to Johor Darul Ta'zim FC!
New Signing! 27-year-old Spanish-Malian Moussa Sidibe! #JDT#Preseason#JDTInDubai#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/h6ia74AAZv
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 23, 2022
Selain Sidibe, tiga lagi pemain import baharu menyertai JDT untuk saingan musim 2022 adalah Fernando Forestiieri, Bienvenido Maranon, dan Carli de Murga.
Empat pemain import daripada musim lalu iaitu Mauricio dos Santos, Shane Lowry, Leandro Velasquez, dan Bergson da Silva telah dikekalkan selepas JDT turut melepaskan Gonzalo Cabrera dan Syahrian Abimanyu baru-baru ini.
Walaupun dilahirkan di Bamako, Malu, Sidebe yang turut beraksi sebagai pemain sayap kanan seperti Mohamadou Sumareh telah berhijrah ke Sepanyol sejak usia 12 tahun.
Karier profesional Sidebe bermula bersama kelab bawahan Liga Sepanyol, SD Almazan. Kelab terakhir yang diwakilinya pula adalah Costa Brava (secara pinjaman daripada Ponferradina).
Sidebe dipercayai menamatkan kontrak dan tempoh pinjaman tersebut untuk menyertai JDT menjelang musim baharu Liga Malaysia.
Training at The Sevens Stadium in #Dubai 🤩😎
More photos at https://t.co/Fy2gFf9vOz#JDT #Preseason#JDTInDubai#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/wADtqHY5nM
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 23, 2022
Kehadiran tiga pemain import ini bersama JDT bermakna skuad Harimau Selatan serius bertanding di dalam empat pertandingan termasuk, AFC Champions League pada musim 2022.
Pertandingan elit kelab bola sepak Asia itu membenarkan setiap pasukan bertanding mendaftarkan pemain import tanpa sebarang had pada musim ini, namun hanya boleh mendaftarkan empat pemain import maksimum di dalam skuad pada hari perlawanan.
Selain AFC Champions League, JDT turut akan beraksi di dalam pertandingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA selepas dua musim pertandingan tersebut tidak diadakan.
JDTkini berada di Dubai dan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC.