Bekas bintang Arsenal, Ian Wright mengakui bahawa pemain antarabangsa Jerman, Mesut Ozil akan lebih berkembang dan menyerlah di Old Trafford berikutan laporan yang menunjukkan minat Jose Mourinho untuk membawa pemain tengah itu ke Manchester United.
Wright merasakan pemain yang bakal menjadi ejen bebas itu akan melakukan yang lebih baik bersama United selepas peluang untuk beliau kekal di Stadium Emirates tampak semakin meragukan.
Kontrak Ozil akan tamat pada penghujung musim ini dan masih tiada perbincangan dilakukan beliau mengenai kontrak lanjutannya di kelab London itu.
Keadaan yang memungkinkan beliau akan mengikuti jejak langkah Alexis Sanchez yang dilihat semakin hampir untuk meninggalkan Arsenal.
Mesut Ozil, 29 tahun, sebelum ini pernah bekerjasama dengan Mourinho ketika mereka bersama Real Madrid.
”Saya rasa dia (Ozil) adalah seorang pemain yang mampu membawa pasukannya.”
”Beraksi dengan pemain yang akan bermain dengannya di Manchester United juga, dia juga sukar dipercayai.”
”Ozil merupakan pemain yang hebat dan dengan pasukan yang betul serta pergerakan yang betul dihadapannya, dia akan mudah menjadi salah seorang pemain terbaik yang pernah saya lihat. Dia hebat.”
Dengan pengkhabaran mengenai Ozil dan Alexis Sanchez yang semakin sukar untuk dikekalkan di Stadium Emirates, Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain bintang Leicester City, Riyad Mahrez.
Pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao pagi tadi, Mesut Ozil tidak diturunkan akibat kecederaan lutut yang dialaminya manakala Alexis Sanchez hanya dimasukkan pada minit ke-66.
Perlawanan di Stamford Bridge itu berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Dalam saingan Liga Perdana Inggeris pula, Arsenal kini sedang menghuni tangga ke-6 dengan 39 mata dan akan meneruskan misi pada hujung minggu ini memperoleh kemenangan dengan berkunjung ke tempat lawan bagi menentang Bournemouth.