Zinedine Zidane: “Kontrak Saya Tidak Punyai Apa-Apa Makna Lagi”

Zinedine Zidane menerima hakikat bahawa kontrak beliau bersama Real Madrid sudah tidak memberi apa-apa makna setelah prestasi tidak menentu Los Blancos berterusan.

Zidane berkata demikian setelah menyaksikan anak buahnya hanya sekadar mencatat keputusan seri 2-2, menentang kelab divisyen bawahan, Numancia dalam saingan Copa del Rey pada awal pagi tadi.

,  (Photo by Laurens Lindhout/Soccrates/Getty Images)

Real Madrid masih lagi berjaya mara ke peringkat seterusnya dengan agregat 5-2, selepas mencatatkan kemenangan 3-0 dalam perlawanan pertama. Namun kemenangan tersebut adalah satu-satunya kemenangan yang dicatat oleh mereka dalam 4 perlawanan terakhir.

Penyerang Numancia, Guillermo yang dimasukkan pada minit ke-41 perlawanan tampil dua kali untuk menyamakan kedudukan.

Sebelum itu, Lucas Vazquez menjaringkan gol pembukaan perlawanan seawal minit ke-11, sebelum disamakan oleh Guillermo sebelum babak pertama perlawanan berakhir.

Vazquez sekali lagi meletakkan Madrid di hadapan pada minit ke-59 perlawanan, hanya untuk Guillermo sekali lagi mengikat kedudukan pada minit ke-82 perlawanan.

(Photo by Laurens Lindhout/Soccrates/Getty Images)

Sebelum ini Real Madrid turut pernah diikat oleh pasukan yang lebih kerdil. Fuenlabrada mengambil kesempatan untuk mengikat skuad kendalian Zidane dengan jaringan 2-2 di Santiago Bernabeu, mengambil kesempatan daripada pemilihan pemain simpanan oleh Zidane.

Selepas dibezakan dengan 16 mata di belakang pendahulu La Liga Barcelona, keputusan seri menentang Celta Vigo pada Ahad lalu, dan juga kekalahan 3-0 di dalam perlawanan El-Clasico, Zidane mengakui posisi beliau di Bernabeu kini goyah.

Zidane yang baharu sahaja menandatangani kontrak baharu pada September lalu bersama Real Madrid berkata:

“Kini saya hanya mahu melalui perlawanan demi perlawanan. Saya tidak boleh memikirkan apa yang akan berlaku pada 2 atau 3 tahun akan datang.”

(Photo by Shot for Press/Action Plus via Getty Images)

“Saya sedar di Real Madrid, kontrak tidak membawa makna apa-apa.”

“Ia bukan perlawanan yang mudah buat pemain yang jarang mendapat peluang beraksi. Tetapi kami menampilkan permainan yang bagus. Pemain mungkin keletihan pada babak akhir perlawanan.”

Walaupun gagal mencatatkan kemenangan, Zidane boleh mengambil perkara positif selepas menyaksikan Vasquez menjaringkan 2 gol- yang pertama dalam 109 penampilan untuk Real Madrid.

Zidane melakukan sepuluh pertukaran pemain untuk perlawanan menentang Numancia berbanding kesebelasan utama yang mencatat keputusan seri dengan Celta Vigo.

(Photo by Shot for Press/Action Plus via Getty Images)

Tanpa pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Luka Modric, Zidane tetap berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh skuad mudanya.

“Terdapat banyak persoalan yang ramai fikirkan seperti corak permainan yang buruk, dan prestasi semasa yang tidak menentu. Tetap kami yakin skuad ini akan pulih dan kembali bangkit untuk melangkah ke hadapan.”

“Saya gembira dengan pemain yang beraksi untuk dua perlawanan sebelum ini. Begitu juga dengan pemain.

“Pada pendapat saya, kami sedang berada dalam proses memulihkan keadaan, dan semua pemain juga kekal tenang, tanpa sebarang masalah,” tambah Zidane lagi.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN