Ian Wright Jelaskan Kenapa Arsenal Akan Tanggung Malu Jika Beraksi Di UCL Musim Hadapan

“Bermain di pentas Liga Juara-Juara musim depan boleh mengakibatkan The Gunners menanggung malu.”

Itu pandangan yang dilontarkan oleh legenda bola sepak England dan bekas pemain Arsenal, Ian Wright terhadap kualiti pasukan Unai Emery selepas perlawanan bertemu Leicester City, Sabtu lalu.

Arsenal terpaksa menelan kepahitan tumpas 0-3 di Stadium King Power, sekaligus memberi tamparan hebat dalam usaha memburu slot Liga Juara-Juara.

Melalui channel Youtubenya, Wright menilai kualiti pemain Arsenal sekarang dianggap ‘low standard’, dan beliau percaya Arsenal tidak akan mampu bersaing dengan pasukan hebat di Liga Juara-Juara musim depan sekiranya masih mengekalkan pemain yang sedia ada.

“Tetapi, kemudiannya saya mula berfikir seorang sendiri ‘Berapa banyak yang benar-benar saya ingin untuk kita [Arsenal] beraksi di dalamnya (Liga Juara-Juara) ?’. Dengan cara pasukan bermain ketika ini dan kurangnya wang yang dia[Emery] perlu habiskan…”

“Ia membimbangkan betapa ia memalukan jika kita sampai ke sana dan kita masih bermain dengan cara ini.”

Bagaimanapun, Wright tetap mempertahankan kedudukan Emery dengan mengatakan bahawa semua pihak perlu memberi masa untuk pengendali berusia 47 itu untuk kembali meletakkan kelab itu sebagai kuasa besar di Eropah.

LEICESTER, ENGLAND – APRIL 28: Unai Emery, Manager of Arsenal and the team bench look dejected during the Premier League match between Leicester City and Arsenal FC at The King Power Stadium on April 28, 2019 in Leicester, United Kingdom. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

“Saya ingin memastikan bahawa pengurus ini diberikan waktu untuk membimbing pasukan. Di musim panas nanti, dia perlu melakukan beberapa tambahan serius.”

“Tetapi sekarang, terutamanya selepas kesilapan pasukan lain, kami tidak menyangka dalam kedudukan di mana kami sebenarnya boleh layak ke Liga Juara-Juara.”

Kekalahan keatas Leicester itu menjadikan Arsenal mencatatkan kekalahan ketiga berturut-turut di Liga Perdana Ingerris (EPL), selepas kalah 3-2 dengan Crystal Palace dan 3-1 keatas Wolves.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN