Denis Suarez Penuh Emosi Ucap Selamat Tinggal Musim 2018/19 Kerana Kecederaan

Denis Suarez menjadi antara pemain yang paling dialu-alukan peminat Arsenal pada jendela perpindahan Januari lalu. Sehingga ada yang tidak senang duduk membelek maklumat terkini daripada laman perpindahan pemain.

Namun malangnya, sejak menyertai Arsenal, Denis Suarez gagal untuk menjadi kesebelasan utama, hanya mengumpul 95 minit aksi di atas padang. Arsenal membayar sekitar £3.2 juta untuk meminjam pemain ini dan membayar gaji sekitar £55,000 seminggu.

Beliau ada klausa untuk pembelian tetap. Namun tidak pasti Arsenal akan sanggup menebus angka £18 juta lagi untuk.

Semalam Denis Suarez memuat naik status di media sosial mengucapkan selamat tinggal untuk musim 2018/19. Beliau mengesahkan bahawa dia tidak akan dapat bermain dalam baki musim ini kerana masalah kecederaan groin.

Dalam status yang agak emosional itu, Suarez berkata: “Saya tidak akan dapat bermain lagi pada musim ini. Ada beberapa isu berkenaan kecederaan groin – telah menyukarkan keadaan saya – sejak perlawanan menentang BATE di Europa League pada Februari lalu. Dan kini saya terpaksa melupakan latihan.”

“Selepas beberapa konsultansi perubatan, rumusan yang saya dapat adalah – saya tidak boleh memaksanya – dan saya harus memulakan sesi perubatan yang perlu dilakukan tanpa terlibat dengan bola sepak kompetitif.

“Saya meminta maaf selepas segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan untuk datang ke Arsenal – ianya tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Kamu boleh bayangkan betapa marahnya saya ke atas perkara itu, namun kesihatan harus diutamakan.”

“Saya ingin merakmkan terima kasih kepada kelab yang besar [Arsenal] kerana meberikan kepercayaan kepada saya, walaupun sebaliknya yang berlaku tidak seperti yang kami mahukan.”

“Saya mengundurkan diri, tetapi saya sangat menghargai mesej prihatin dan sokongan yang anda semua hantar kepada saya setiap hari. Ia akan menjadi kekuatan dalaman saya – dalam usaha saya mahu bangkit semula lebih kuat dan lebih bersemangat daripada sebelum ini.”

Situasi melanda Denis Suarez mengingatkan kita kepada Kim Kallstrom yang menyertai Arsenal secara pinjaman pada Januari 2014. Cuma Kallstrom bermain lebih banyak minit daripada Suarez dengan 135 minit.

Unai Emery menjadi Denis Suarez sebagai sasaran utama kerana beliau percaya pemain itu mampu menepati kehendak taktikal beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN