Legenda Arsenal, Ian Wright membalas kenyataan dari bintang Wolverhampton Wanderers, Ruben Neves dengan memuat naik status ringkas sahaja di laman twitter miliknya.
Pemain kebangsaan Portugal itu baru-baru ini mencetuskan sensasi di internet selepas mendakwa Arsenal meraikan kemenangan 1-0 menewaskan Wolves di Molineux seolah-olah mereka baru menang liga.
Skuad kendalian Mikel Arteta berjaya mencatatkan kemenangan selesa 1-0 menewaskan Wolves untuk mengutip tiga mata penting kemarin.
Ian Wright cuts down Ruben Neves with two-word reply after Arsenal's win over Wolves CLICK HERE TO READ MORE 👉 https://t.co/VLLlGhNiCo👈 pic.twitter.com/HEDYs0EbCc
— ROOTE SPORTS (@Rootesports) February 11, 2022
Perlawanan tersebut juga tidak kurang hangat dengan pelbagai kontroversi termasuklah keputusan pengadil, Michael Oliver yang melayangkan dua kad kuning secara serentak kepada Gabriel Martinelli.
Selepas Gabriel Martinelli dibuang padang, Arsenal jelas sekali perlu bekerja lebih keras untuk memastikan mereka tidak keciciran mata dan perlu mempertahankan kelebihan satu gol yang mereka perolehi.
Kemenangan tersebut berjaya membawa Gunners ke kedudukan kelima dalam carta saingan liga, untuk memintas Manchester United.
Memikirkan mereka kini sedang dilandasan terbaik untuk mengakhiri saingan liga di kedudukan empat teratas, para pemain Arsenal meraikan kemenangan mereka dengan bersungguh-sungguh sebaik wisel penamat dibunyikan.
Ian Wright responds to Ruben Neves' Arsenal dig#AFChttps://t.co/dvbwy1xX5C
— Arsenal FC News (@ArsenalFC_fl) February 11, 2022
Neves kutuk cara Arsenal meraikan kemenangan
Neves yang sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal ditandatangani oleh Gunners jelas tidak teruja dengan cara pemain Arsenal meraikan kemenangan mereka dalam perlawanan tersebut.
Pemain berusia 24 tahun itu dalam temu bualnya lepas tamat perlawanan telah menyatakan bahawa:
“Kami melakukannya dengan baik cuma kami sukar dalam situasi bola mati dan melepaskan bola dari set piece.”
“Dengan gol mereka pun diragui, sama ada berlaku foul atau tak, tapi itulah bpla sepak. Kami dah lali dah dengan perkara seperti ini.”
“Kami harus memperbaiki ketajaman kami di hadapan gol kerana kami mencipta peluang yang cukup di depan gol lawan, cuma masih ada kekurangan dalam beberapa aspek permainan.”
“Saya boleh terima keputusan pengadil untuk gol mereka. Sebab ada perlawanan gol macam tu diberikan, ada perlawanan pula tidak diberikan. Mereka harus membuat keputusan yang konsisten untuk setiap perlawanan sebab benda-benda macam ni membuatkan kami sangat kecewa.”
“Kami tengok cara mereka meraikan kemenangan itu, dan itu menunjukkan di mana ‘level’ mereka,”
Ian Wright hits back at Ruben Neves after he criticised Arsenal for celebratinghttps://t.co/wNRCdUcY54
— ade 阿德 (@ade_ayanbule) February 11, 2022
“Dulu, saya tak nampak Arsenal meraikan macam ni, 10 tahun lalu – dah macam orang menang liga dah nampaknya.”
Ian Wright menganjing kenyataan Neves
Legenda Arsenal, Ian Wright tampil membalas kenyataan dari Ruben Neves dengan memuat naik status di laman twitter miliknya.
Beliau memuat naik gambar dirinya sedang bergembira dengan menulis:
“Masih meraikan.”
Ruben Neves takes a dig at Arsenal's post-match celebrations following their 1-0 win at Wolves 😬 pic.twitter.com/bSjaFoeUfI
— Football on TNT Sports (@footballontnt) February 10, 2022
Sudah tentu beliau merasakan Arsenal patut meraikan kemenangan mereka itu dengan bersungguh-sungguh, kerana kemenangan itu membawa mereka ke landasan terbaik untuk berada di kelompok empat teratas.
Mampukah Arsenal untuk berada di kelompok empat teratas?
Dengan kemenangan mereka menewaskan Wolves, Arsenal kini berada di landasan terbaik untuk berada di kelompok empat teratas dalam carta saingan liga.
Mereka kini berada di kedudukan kelima dengan mengumpul 39 mata, satu mata dibelakang West Ham yang sedang berada di kedudukan keempat.
Arsenal walau bagaimanapun berpotensi untuk memintas West Ham dek kerana mereka mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.
Still celebrating 😎😎😎😎 https://t.co/i4LHupRSRP pic.twitter.com/SuZp7Na8t7
— Ian Wright (@IanWright0) February 11, 2022
Manchester United, Tottenham Hotspur dan Wolves semuanya keciciran mata ketika aksi perlawanan terakhir mereka dalam saingan Premier League.
Maka jelas sekali yang Arsenal sedang berada di landasan terbaik untuk mereka kembali layak ke saingan Champions League buat pertama kali dalam tempoh enam tahun.