Ian Wright dianggap antara pemain yang terbaik pernah menyertai Arsenal dalam kalangan penyokong mereka.
Walaupun beliau dianggap sebagai figura yang berjaya di era Highbury, namun disebalik itu terselit rasa benci antara Wright dengan mantan pengurus Arsene Wenger.
Namun rasa benci itu bukanlah benci kepada individu itu sendiri secara terus, sebaliknya kepada menu diet yang dipersembahkan oleh Wenger kepada skuad Arsenal.
Bercakap sebagai tetamu dalam rancangan The Graham Norton Show terbitan BBC, Wright mengatakan yang menu diet yang diperkenalkan Wenger adalah teruk.
“Saya sangat kecewa, anda bertanyakan soalan ini [menu diet Wenger] kepada seorang lelaki kulit gelap yang suka letak perasa pada makananya.”
“Makanan yang diberikan tidak punya garam atau apa-apa saja di dalamnya. Ia hanyalah hidangan ayam yang baru saja didihkan.”
Wright juga mendedahkan yang mereka hanya dibenarkan untuk minum air kosong sahaja dan bukannya air berperisa.
Bagi Wright yang gemar minum teh, ia memaksa bekas pemain itu untuk melakukannya secara sembunyi bagi memuaskan keinginnya.
Namun begitu, keinginannya untuk menikmati teh dipatahkan oleh Dennis Bergkamp.
“Ada satu kali, saya duduk sebilik dengan Bergkamp. Saya ada bawah teh curi-curi ke dalam bilik dan ketika saya hendak bancuh saya ditegur boleh beliau yang sedang menonton televisyen.”
“Beliau bertanya adakah saya membawa teh, saya katakan ya. Bergkamp cuba menghalang saya meminumnya tapi saya katakan yang Wenger tidak akan tahu apa yang saya lakukan.”
“Selepas itu, beliau berkata yang jika saya minum juga maka saya membuatkan satu skuad kecewa dengan tindakan saya. Sudahnya, saya tak minum pun teh itu.”
Diet yang diperkenalkan oleh Wenger mungkin amat tegas pelaksanaannya, tetapi ianya jelas berhasil dalam membentuk sebuah skuad Arsenal yang berjaya.
Wright berkhidmat untuk Arsenal dari tahun 1991 hingga 1998.
Baca juga artikel kami mengenai Arsene Wenger:
Arsene Wenger ‘Ajar’ Arteta Cara Untuk Guna Pemain Seperti Mesut Ozil (semuanyabola.com)
Arsene Wenger Yakin Arsenal Mampu Raih Kedudukan Empat Teratas (semuanyabola.com)
Mungkinkah Theo Walcott Punca Arsene Wenger Lepaskan Serge Gnabry? (semuanyabola.com)