‘Ia Bukan Malapetaka Jika Tidak Menang Liga Juara-Juara Eropah’

Pep Guardiola yakin kedudukan beliau di mata pemilik Manchester City tidak akan tergugat walaupun gagal memenangi pertandingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim ini.

City akan menjadi tuan rumah kepada Dinamo Zagreb di Etihad pada awal pagi nanti, selepas mencatatkan kemenangan 3-0 menentang Shakhtar Donetsk sebelum ini.

“Sejak kali pertama sidang media saya di Manchester, saya diberitahu perlu menang pertandingan UCL,” ujar Guardiola.

“Ia adalah sasaran yang logik untuk menjadi Juara Eropah tetapi adakalanya ia tidak menjadi kenyataan.

“Sudah tentu kami mahu memenangi UCL, tetapi jika ia tidak berlaku ia tidak akan mengubah status atau ketetapan [di kelab ini].

“Saya tidak akan cuba [berfikir] mengenainya untuk 10 bulan, bahawa ia adalah malapetaka jika gagal [muncul juara eropah].”

Guardiola juga menjelaskan ianya memerlukan masa dan kesabaran untuk berpotensi menjadi juara Eropah. Ia juga memerlukan sokongan sepenuhnya dari penyokong  Manchester City.

Merujuk kepada pengalaman beliau bersama Barcelona yang terpaksa menunggu sehingga 1992 untuk kejuaraan pertama UCL, Guardiola berkata:

“Adakalanya ia mengambil masa beberapa tahun, adakalanya ia mengambil masa lebih lama.

“Barcelona terpaksa menunggu sehingga 1992 untuk kejuaraan pertama di Eropah, dan mereka beraksi di peringkat tersebut sejak sekian lama.

“Tidak banyak perbezaan di sini [England]. Anda tidak akan memenangi kejuaraan [Eropah] dalam masa yang singkat.

“Satu perkara yang pasti, anda tidak akan memenanginya tanpa penyokong. Kami harus terlebih dahulu memikat hati mereka.”

“Satu-satunya cara berbuat demikian ialah untuk memenangi perlawanan dan bermain dengan baik.

“Liga Perdana Inggeris adalah pertandingan yang paling menarik di sini. Kami telah melakukan kajian, dan penyokong berkata sedemikian. Tetapi pertandingan [UCL] juga amat menarik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN