Delegasi JDT Timba Ilmu Di Juventus

JDT

Kerjasama yang terjalin antara gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab ternama Eropah, Juventus telah merintis kunjungan wakil skuad juara Liga Super enam tahun berturut-turut itu ke Turin.

Menurut sumber JOHOR Southern Tigers, agenda kunjungan delegasi JDT itu adalah bertujuan bagi menimba ilmu serta mempelajari hal ehwal pengurusan bola sepak Juventus, penjagaan stadium dan kursus kejurulatihan.

Antara yang dilihat turut serta dalam kunjungan tersebut adalah ketua jurulatih, Benjamin Mora bersama-sama Alistair Edwards, Martin Prest dan beberapa kakitangan JDT.

Ternyata dengan kunjungan yang bermula semalam itu, JDT pasti bakal menjelmakan lebih banyak pembaharuan dalam usaha mereka untuk terus menjadikan pembangunan kelab tersebut sebagai yang terbaik di Malaysia.

Sebelum itu, seperti yang diketahui bahawa kerjasama erat yang terjalin antara kedua-dua kelab adalah inisiatif  hasil dari perbincangan positif DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja bersama Andrea Agnelli, Pengerusi Juventus ketika lawatan baginda pada Mac lalu.

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN