Huddersfield Town gagal mengutip 3 mata penuh selepas tewas 0-2 kepada Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, malam tadi.
Keputusan itu bermakna skuad dengan julukan The Terriers itu menjadi pasukan kedua yang sah tersingkir daripada saingan Liga Perdana pada bulan Mac mengikuti jejak langkah Derby yang merekod jumlah mata paling sedikit, 11 mata pada 2008.
Huddersfield Town have been relegated with six games of the season to play, only the second club to have been relegated in March. pic.twitter.com/yKPC4EvOY2
— Guardian sport (@guardian_sport) March 30, 2019
Huddersfield yang mengumpul 14 mata hanya bertahan lebih sehari berbanding Derby sekali gus menyebabkan rekod penyingkiran terpantas liga selepas 32 perlawanan kekal.
Mereka akan beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan musim depan selepas tewas dengan gol penalti daripada Luka Milivojevic dan penyudah Patrick van Aanholt pada lewat permainan.
Penyingkiran itu turut disahkan dengan kejayaan Burnley menewaskan Wolverhampton Wanderers dan Southampton menundukkan Brighton and Hove Albion.
Huddersfield Town: Have today been relegated from the Premier League and become the second team in history to have dropped out of the Premier League in March since its 1992 inception, after Derby in the 2007/08 season pic.twitter.com/RaX9LzjpIc
— WhoScored.com (@WhoScored) March 30, 2019
Keadaan itu menyaksikan mereka kini ketinggalan 19 mata daripada kedudukan selamat dan tidak mampu lagi untuk mengejarnya menjelang enam perlawanan terakhir musim ini.
Selepas layak ke Liga Perdana Inggeris menerusi penentuan play-off musim 2016-17, Huddersfield berjaya mengelakkan penyingkiran di bawah bimbingan David Wagner.
❌ Earliest relegation in Premier League history:
1. Derby County – 29/3/2008
2. Huddersfield Town – 30/3/19
3. Leicester City – 6/4/2002😬 Huddersfield Town are relegated after 32 games, equalling Derby County's record#htafc pic.twitter.com/vPRMcxMwYk
— William Hill (@WilliamHill) March 30, 2019
Bagaimanapun, mereka bergelut untuk mengekalkan prestasi itu musim ini dan jurulatih dari Jerman itu meninggalkan kelab itu pada Januari lalu dengan lapan mata di belakang kedudukan ke-17 liga.
Mereka hanya memenangi satu perlawanan di bawah kendalian Jan Siewert, yang sudah boleh mencari prospek baru bagi memperkuatkan pasukannya dalam Liga Kejuaraan musim depan.