Kali terakhir Huddersfield menang ke atas United adalah pada 65 tahun yang lalu. Kali ini mereka berjaya mengakhiri rekod tersebut berhadapan dengan skuad Jose Mourinho.
Agak ironi apabila graduan Manchester City, Aaron Mooy menjaringkan gol pembukaan dan kemudiannya diikuti oleh Laurent Depoirte.
Kedua-dua jaringan tersebut dijaringkan dalam separuh masa pertama iaitu minit ke-28 dan ke-34. Kedua-dua gol tersebut juga berpunca daripada kesilapan pertahanan.
Sebelum ini Lindelof menggunakan media menyatakan ketidakpuasan hatinya yang kurang perlawanan. Ternyata beliau masih perlu berlatih lebih lagi untuk berhadapan dengan pace yang berbeza dalam EPL.
Kekalahan ini meletakkan United 5 mata di belakang Manchester City yang meneruskan rentak kemenangan mereka
Mourinho melakukan beberapa pertukaran dengan menurunkan Juan Mata dan Jese Lingard di dalam perlawanan ini.
Lukaku terus diarahkan untuk menjadi penggempur utama. Beliau melakukan 1 bantuan gol yang cantik untuk Rashford.
Manchester United memaksa Huddersfield Town bertahan dengan beberapa ancaman yang sangat bahaya daripada United.
Namun Huddersfield bertahan sangat baik, melakukan beberapa hadangan penting. Manchester United hanya melakukan 9 percubaan gol dalam perlawanan ini meskipun mereka menguasai 78% bola dalam perlawanan ini.
Namun jumlah percubaan tepat United hanya 3, sama dengan jumlah Huddersfield catatkan!