Hospital Mohon Maaf Selepas Kakitangan Intip Rekod Perubatan Sir Alex Ferguson

Pihak hospital telah menghantar permohonan maaf kepada Sir Alex Ferguson selepas kakitangan mereka bertindak mengintip rekod perubatan bekas pengurus Manchester United itu.

Sir Alex menjalani pembedahan kecemasan di Hospital Diraja Salford sebelum menerima rawatan susulan di unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut – setelah rebah pada Mei lalu.

Hospital tersebut mengesahkan beberapa kakitangan mereka telah disiasat berikutan terdapatnya kebocoran maklumat, sebelum mengambil langkah menghantar permohonan maaf kepada Sir Alex dan keluarga beliau.

Laporan oleh The Sunday Times di UK berkata dua doktor, seorang konsultan, dan sekurang-kurangnya dua jururawat telah didapati terlibat mendapatkan rekod perubatan Sir Alex – walaupun tidak bertanggungjawab atau terlibat dengan rawatan bekas pengurus itu.

Seorang jurucakap kepada Yayasan Hospital Diraja Salford enggan mengesahkan atau pun menafikan identiti sebenar pesakit, namun mengesahkan pihak pengurusan hospital tersebut sedang mengambil langkah sewajarnya.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Bekas pengurus berusia 76 tahun itu berada selama empat hari di unit rawatan rapi hospital tersebut selepas rebah dan dikejarkan dari kediaman beliau yang terletak di Cheshire.

Beliau kekal berada di wad biasa selama dua minggu sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada awal Jun lalu.

Sir Alex Ferguson merupakan pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak British – diberikan penghormatan ketika melakukan kemunculan semula di Old Trafford pada September lalu.

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada kakitangan hospital tersebut melalui satu kenyataan rakaman video pada Julai lalu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN