Ballon d’Or: Modric Tamatkan Dominasi Messi & Ronaldo, Ada Hegerberg Terbaik Wanita

Pemain tengah Real Madrid dan Croatia, Luka Modric dinobatkan selaku pemenang Ballon d’Or 2018 – sekaligus menjadi pemain pertama sejak Lionel Messi atau pun Cristiano Ronaldo mendominasi anugerah tersebut sejak lebih sedekad yang lalu.

Manakala bagi kategori wanita yang pertama kali diwujudkan, penyerang Lyon dan Norway, Ada Hegerberg menjadi penerima sulung anugerah berprestij tersebut.

(Photo by FRANCK FIFE / AFP) (Photo credit should read FRANCK FIFE/AFP/Getty Images)
Kejayaan Modric

Modric yang berusia 33 tahun membantu Real Madrid menjuarai kejuaraan UEFA Champions League pada Mei lalu – selain daripada kejayaan membawa Croatia mara ke perlawanan akhir Piala Dunia di Rusia pada musim panas lalu.

Bekas pemain Brazil dan AC Milan, Kaka adalah pemain terakhir yang memenangi anugerah ini pada 2007, selain daripada Messi dan Ronaldo.

Messi sekadar berada di kedudukan kelima undian, manakala Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe berada di hadapan kapten Argentina itu di kedudukan ketiga dan keempat.

(Photo by Aurelien Meunier/Getty Images)

Selain daripada Ballon d’Or, Modric turut memenangi anugerah FIFA Best dan penerima Golden Ball di Piala Dunia yang lalu.

Bercakap kepada BBC selepas majlis penyampaian anugerah, Modric berkata:

“Mungkin sebelum ini ada pemain yang layak untuk memenangi anugerah ini seperti Xavu, Andres Iniesta, atau [Wesley] Sneijder. Akhirnya pengundi mulai melihat nama-nama lain,” ujar beliau.

“Anugerah ini saya mahu dedikasikan khas untuk semua pemain yang sebelum ini juga layak bergelar pemanang, tetapi tidak dinamakan. Ia adalah tahun yang sangat istimewa buat saya,” ujar beliau lagi.

Modric adalah salah seorang dari lapan pemain Real Madrid yang berada di dalam senarai 30 pemain akhir disenaraikan untuk anugerah Ballon d’Or pada tahun ini. Rakan sepasukan, Gareth Bale sekadar menduduki tangga ke-17.

Klylian Mbappe pula membawa pulang anugerah Kopa Trophy – anugerah yang pertama kali diperkenalkan untuk pemain terbaik dunia di bawah usia 21 tahun. Pemenang Kopa Trophy diundi oleh bekas penerima Ballon d’Or.

Ada Hegerberg

Penyerang Lyon dan Norway, Ada Hegerberg pula adalah pemenang Ballon d’Or untuk kategori wanita.

Pada 2016, Ada Hegerberg dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik UEFA dan turut disenaraikan di dalam FIFPro World XI.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Tahun lalu, Ada menerima Anugerah Tahunan Pemain Bola Sepak BBC, sambil membantu Lyon meraih gelaran treble buat musim ketiga berturut-turut.

Hegerberg dan Lyon juga adalah juara UEFA Women’s Champions League untuk tiga musim berturut-turut sejak 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN