“Hormati Panggilan Skuad Kebangsaan” – FAM Beri Amaran Keras Kepada Rizal Ghazali

Rizal Ghazali FAM

Tiada tindakan denda atau hukuman diberikan kepada pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali kerana menolak panggilan menyertai skuad kebangsaan baru-baru ini.

Sebaliknya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui satu siaran media pada hari ini sekadar memberikan amaran keras kepada pemain itu agar tidak mengulangi perkara sama pada masa hadapan.

Pemain bek kanan itu sebelum ini menimbulkan tanda tanya peminat dan pemerhari bola sepak tanah air apabila enggan menghadiri kem latihan pasukan negara yang bermula pada 14 Mac lalu tanpa sebarang sebab munasabah.

Sikap Rizal yang berdiam diri pada ketika itu turut mendapat teguran oleh Sabah FC yang meminta Rizal memberikan justifikasi keengganan beliau menyertai kem latihan negara.

Hanya selepas beberapa hari selepas itu Rizal berkongsi masalah keluarganya yang dihadapinya kerana ayahnya yang sakit, dan menghubungi pihak pengurusan FAM.

Sebelum ini Rizal diletakkan berada di dalam senarai bersedia untuk dipanggil oleh ketua jurulatih negara yang baharu, Kim Pan-gon sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.

Penarikan diri pemain JDT Syahmi Safari yang meminta pengecualian untuk tidak melapor diri ke kem latihan pusat kali ini kerana menyambut kelahiran anak kembar tiganya kemudiannya menyebabkan pengendali dari Korea Selatan itu beralih kepada Rizal sebagai pengganti.

Berikutan keengganan Mohd Rizal untuk melapor diri, Pan Gon telah memanggil seorang lagi pemain dari Senarai Bersedia iaitu Ahmad Khuzaimi Piee untuk menggantikan tempat Syahmi dan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC itu hadir melapor diri pada 14 Mac 2022.

“Pemain Sabah FC, Mohd Rizal Mohd Ghazali, telah diberi amaran keras agar tidak mengulangi tindakannya yang enggan melapor diri ke kem latihan pusat pasukan kebangsaan, Harimau Malaya pada 14 Mac 2022, ujar kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.

“Susulan itu, surat amaran telah dikeluarkan oleh FAM kepada Mohd Rizal agar menghormati panggilan skuad kebangsaan jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan dan Mohd Rizal sudah pun menjawab surat tunjuk sebab kepada FAM.

“Sebagai peringatan tambahan, Mohd Rizal diingatkan agar tampil melapor diri terlebih dahulu dan mengemukakan sebab kepada pengurusan pasukan kebangsaan seandainya ada alasan kukuh untuk menarik diri daripada menyahut panggilan kem latihan pada masa akan datang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN