Sampai Bila Rizal Ghazali Mahu ‘Kunci Mulut’?

Rizal Ghazali FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain pertahanan Sabah, Rizal Ghazali masih belum memberi sebarang penjelasan sama ada secara lisan mahupun bertulis berhubung kegagalannya melapor diri ke kem latihan skuad kebangsaan.

Skuad Harimau Malaya sudah pun memulakan latihan sejak Isnin lalu di bawah kendalian barisan kejurulatihan baharu yang diketuai oleh ketua jurulatih Kim Pan-gon di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketika ditanya mengenai nasib pemain berusia 29 tahun itu, Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar dalam temubualnya bersama Bernama menjelaskan pihaknya masih memberi peluang untuk Rizal melapor diri dalam masa terdekat.

Namun, beliau menyerahkan kepada pertimbangan Kim Pan Gon sama ada mahu menerimanya bersama pasukan ataupun tidak.

“Itu (peluang sertai pasukan) terpulang kepada ketua jurulatih, beliau (Mohd Rizal) tak perlu maklum kepada FAM jika ingin melapor diri, sebaliknya terus melapor kepada ketua jurulatih,” katanya.

“Saya Boleh Tegas, Tapi Biar Kemudian” – Kim Pan Gon Anggap Isu Rizal Ghazali Agak Sensitif

Pan Gon sebelum ini mendedahkan Rizal telah menolak pelawaan menyertai kem latihan pusat skuad kendaliannya dan tempatnya diganti oleh pemian pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee.

Sebagai persiapan menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun akan datang, skuad negara akan bertandang ke Singapura pada Selasa depan bagi memulakan saingan Siri Tiga-Negara FAS menentang Filipina pada 23 dan seterusnya pasukan tuan rumah tiga hari kemudian pada aksi Persahabatan Antarabangsa Kelas 1.

Satu lagi perlawanan persahabatan adalah menentang kelab Liga Singapura, Albirex Niigata dalam aksi tertutup pada 28 Mac sebelum kembali pulang ke tanah air.

Tindakan mengunci mulut diambil Mohd Rizal itu seperti tidak mengendahkan nasihat kelabnya, selepas Sabah FC dalam kenyataan Rabu lalu menyarankan supaya beliau memberi penjelasan terperinci kepada FAM, mengenai ketidakhadirannya ke kem latihan pusat.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN