Hooligan Rusia Beri Amaran Akan Belasah Penyokong England Di Piala Dunia

Hooligan Rusia awal-awal lagi sudah laungkan amaran kepada sesiapa yang datang ke Piala Dunia 2018 di Rusia yang mereka tidak akan senang apabila berada di sana.

Hal ini kerana, mereka akan wujudkan “Festival Keganasan” sepanjang Piala Dunia berlangsung.

England sasaran utama

Namun begitu, hooligan Rusia bagaimana pun telah menetapkan sasaran mereka.

Sasaran mereka adalah para penyokong England yang hadir ke Rusia.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan ini pernah bertembung sesama sendiri ketika perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan di Piala Eropah 2016 di Marseille.

Insiden pergaduhan antara hooligan Rusia dan penyokong England di Piala Eropah 2016.

Menurut hooligan Rusia, mereka memberikan jaminan 100% yang penyokong England akan menjadi sasaran hooligan Rusia di Piala Dunia 2018.

Di pihak England, insiden pertembungan antara 2 penyokong ketika Piala Dunia 2016 ini masih segar di ingatan para pegawai tertinggi Britain.

Bagi mereka, mereka menggangap yang hooligan Rusia ini sepertinya dihantar oleh Vladimir Putin untuk menjajah serata Eropah.

Di Perancis, pergerakan hooligan Rusia diketuai oleh Vasily the Killer yang mengawal dari jarak jauh pergerakan para hooligan untuk mencipta kekecohan di Rusia.

Sementara individu bernama Denis merupakan ketua pergerakan hooligan Rusia yang berpengkalan di Marseille ketika aksi Piala Eropah.

“Bersedia untuk diterajang”

Menurut Denis, gerakan hooligan di Rusia sudah bersedia untuk menentang semua peminat England di Piala Dunia 2018.

Mereka juga turut memberikan amaran kepada pengunjung di Piala Dunia untuk hadir dan bergerak dalam bumi Rusia dengan bersama-sama keluarga dan bukannya dengan kawan-kawan.

“Pastikan anda datang ke Rusia bersama-sama dengna keluarga. Jika kami nampak anda datang bersama-sama kawan-kawan lelaki anda, bersedialah untuk diterajang!”

Mereka memilh peminat England sebagai sasaran utama kerana ada sebabnya. Hal ini kerana disebabkan dengan sejarah lampau bangsa Inggeris yang terkenal dengan budaya hooligan.

Kini, budaya itu sudah pupus dalam dunia bola sepak Inggeris. Ditambah pula dengan kepupusan budaya itu di England, ia semakin memudahkan kerja hooligan Rusia untuk membelasah setiap satu penyokong England.

“Apabila bercerita mengenai pergaduhan di jalanan, kami ternyata ada kelebihan. Hal ini kerana, penyokong-penyokong England sering kali gagal untuk bertindak sebagai satu kumpulan.”

“Jadi ia memudahkan kami semua yang bergerak sebagai kumpulan untuk melaksanakan taktik kami terhadap mereka.”

Baca juga: FAM Sahkan Rizal Ghazali Kekal Sebagai Pemain Pasukan Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN