Hong Kong Menang 2-0, Vingada Terus Gagal Rasai Kemenangan Selepas 5 Perlawanan

Malaysia bermula dengan sistem tanpa no.9 tulen di barisan penggempur utama. Meletakkan Safawi dan Syazwan Zainon sebagai penyerang sayap.

Separuh masa pertama, Hong Kong memiliki beberapa peluang kerana pertahanan Malaysia yang kerap leka. Namun Hong Kong tidak mampu menyempunakan 2 atau 3 peluang mereka.

Pada minit ke-39, Safiq Rahim memijak pemain lawan. Tiada apa yang boleh dibantah, ia adalah kad merah yang jelas sejelas jelasnya.

Hong Kong terus menjaringkan gol pertama pada minit ke-43 menerusi Jordi Tarres.

Dalam masa 5 minit daripada kad merah Safiq Rahim, 2 lagi kad disiplin dilayangkan kepada Syamel Kutty Abba dan Safawi Rasid.

Malaysia menamatkan separuh masa pertama tanpa sebaran percubaan tepat ke arah gol.

Bersambung pada separuh masa kedua, Vingada mengorbankan Safawi Rasid dan memasukkan Darren Lok. Namun begitu, Hong Kong tidak menunggu lama. Mereka menjaringkan gol kedua menerusi Jaimes McKee.

Hong Kong mengambil pendekatan tidak terlalu ofensif dengan kelebihan seorang pemain. Mereka lebih selesa untuk memastikan bola tidak hilang.

Pada minit ke-60, Godfred Karikari hampir menambah gol ke-3 untuk Hong Kong. Namun ianya dibatalkan kerana ofsaid.

Minit ke-70, Hong Kong mengeluarkan penjaring gol pertama mereka, Tarres dan memasukkan Sandro.

Malaysia gagal memberikan persaingan dalam keadaan 10 pemain. Tidak ada peningkatan intensiti yang jelas.

Minit ke-73, pemain terbaik Malaysia pada separuh masa pertama, Syamel dikeluarkan dan digantikan dengan Akram Mahinan. Syamel dilihat mengalami sedikit kekejangan otot.

Minit ke-78, Malaysia memasukkan Wan Zack Haikal dan mengeluarkan Baddrol Bakhtiar. Beliau terus memberikan ancaman menerusi gerakan beliau. Wan Zack Haikal juga melakukan sepakan percuma yang menarik.

Kekalahan ini meletakkan Malaysia di kedudukan terakhir kumpulan B dengan hanya 1 mata daripada 3 perlawanan setakat ini. Satu lagi perlawanan di antara Lebanon dan Korea Utara akan menyusul selepas ini.

Nelo Vingada terus gagal untuk merasai kemenangan pertama bersama skuad kebangsaan selepas 5 perlawanan.

Maaf, transaksi RM30,000 telah dibatalkan oleh Hong Kong!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN