Siapakah 4 Pemain Yang Merupakan Idola Zaman Kanak-Kanak Neymar?

Setiap daripada kita yang meminati bola sepak, pasti ada pemain yang pernah kita jadikan idola. Begitu juga dengan Neymar.

Pada usia baharu mencecah 25 tahun, Neymar sudah pun memiliki 80 caps dan menjaringkan 52 gol untuk Brazil. Neymar turut memiliki kejuaraan La Liga dan juga Champions League ketika bersama Barcelona sebelum berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) sebagai pemain termahal dunia.

Kini Neymar boleh berbangga kerana telah menjadi idola ramai anak-anak kecil dari seluruh dunia.

Tetapi siapakah idola Neymar ketika zaman kanak-kanak?

1. Evair Aparecido Paulino

Evair Aparecido Paulino dilahirkan pada 21 Februari 1965 di Brazil. Ketika masih aktif bermain, Evair sempat beraksi untuk beberapa buah kelab.

Namun Evair lebih dikenali kerana sumbangannya ketika bersama Vasco da Gama, apabila kelab Brazil itu muncul juara Serie A Brazil pada 1997.

Evair menjaringkan 125 gol untuk Palmeiras dan merupakan penjaring ke-7 tertinggi sepanjang zaman Vasco da Gama. Penyokong Atalanta pasti mengingati beliau untuk gol-gol yang dijaringkannya ketika bergandingan dengan Claudio Caniggia.

(Photo by Matthew Ashton/EMPICS via Getty Images)

2. Marcos Roberto Silveira Reis

Marcos Roberto Silveira Reis dilahirkan pada 4 Ogos 1973 di Sao Paulo, Brazil. Penjaga gol ini lebih dikenali sebagai Marcos dan merupakan penjaga gawang pasukan kebangsaan Brazil pada Piala Dunia 2002.

Keseluruhan kariernya adalah bersama Palmeiras sejak daripada 1992 sehinggalah beliau bersara pada Januari 2012.

Marcos adalah idola penyokong Palmeiras, dan turut diberikan nama jolokan Sao Marcos (Saint Marcos). Sepanjang kariernya, Marcos tampil sebanyak 533 kali untuk Palmeiras, dan 29 kali untuk skuad kebangsaan Brazil.

(Photo by Matthew Ashton/EMPICS via Getty Images)

3. Rivaldo

Di antara 4 pemain yang dinamakan oleh Neymar, Rivaldo mungkin satu-satunya yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Rivaldo Vítor Borba Ferreira adalah nama sebenar, dan beliau dilahirkan pada 19 April 1972. Turut pernah beraksi selama 2 musim bersama Palmeiras sebelum mencipta nama bersama Barcelona dan AC Milan.

Dianggap sebagai salah seorang legenda sepanjang zaman, Rivaldo menjaringkan 258 gol sepanjang karier profesionalnya di peringkat kelab dan 35 gol untuk Brazil di antara tahun 1993 sehingga 2003.

Seperti Marcos, Rivaldo juga menjulang Piala Dunia bersama Brazil pada 2002.

(Photo by The Asahi Shimbun via Getty Images)

4. Alexsandro de Souza

Alexsandro de Souza jlebih dikenali dengan nama Alex, dilahirkan pada 14 September 1977 di Curitiba, Brazil.

Alex adalah seorang pemain tengah menyerang dan pernah menggalas lilitan kapten pasukan kebangsaaan Brazil. Di peringkat kelab, Alex ialah bekas kapten kelab Turki, Fenerbahce.

Bersama Fenerbahce, Alex membantu kelab Turki itu menjulang kejuaraan Super Lig pada 2004–05, 2006–07, dan 2010–11.

Alex turut pernah beraksi di Itali bersama dengan Parma dan beberapa buah kelab merata Brazil.

Secara keseluruhan Alex menjaringkan 221 gol di peringkat kelab dan 12 gol dalam 49 penampilan bersama Brazil.

Rumusan

Siapa pula idola anda ketika zaman kanak-kanak? Siapakah pemain bola sepak yang sering anda tiru gaya pada satu masa dahulu?

Kongsikan dengan kami di ruangan komen. Kami mahu mendengarnya daripada anda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN