Apa Itu Peraturan Pemain Asal (Home-grown Rules) Dalam Liga Inggeris?

Home-grown rules adalah merujuk kepada pemain yang dibangunkan oleh sesebuah kelab di England dan Wales. Peraturan ini mula diperketatkan pada sekitar 2011.

Kenapa Ia Diwujudkan?

Ia selepas Aksi hambar England di kejohanan utama seperti Piala Dunia 2010 dan Euro sebelum itu. FA mengambil langkah drastik dengan harapan peraturan ini akan membantu England dalam usaha untuk menjuarai Piala Dunia Qatar.

england

FA England mahukan kelab kelab besar yang memiliki fasiliti, pengurusan dan kejurulatihan yang terbaik lebih rasa bertanggungjawab untuk membangunkan bakat muda dalam pasukan mereka.

Terdapat ramai bakat muda dibiarkan dan dijual oleh kelab kelab besar di England walaupun ketika peringkat remaja mereka dilihat ada potensi.

Adakah Mereka Perlu Berbangsa Inggeris Atau Lahir di England Atau Wales?

Home-grown tak semestinya berasal atau etnik daripada England atau Wales sahaja.

Namun mereka harus ada rekod didaftarkan bersama pasukan di England atau Wales sama ada secara 3 musim berterusan atau 36 bulan terkumpul sebelum mencecah usia 21 tahun ini merangkumi pasukan belia.

Contohnya, Fabregas dan Clichy masing-masing berasal dari Sepanyol dan Perancis tetap dikira pemain home-grown Inggeris kerana mereka menyertai Arsenal pada usia belasan tahun dan didaftarkan di Arsenal lebih 3 musim.

clichy

Inflasi Pasaran Pemain Home-grown

Kenapa City sanggup membeli Sterling dengan harga mahal?

Ini kerana Raheem Sterling adalah pemain home-grown yang dilihat berbakat dan ia akan menmanfaatkan kuota untuk pemain home-grown. Sterling masih berusia 20 tahun ketika menyertai City.

sterling

City turut mendapatkan Fabian Delph kerana mahu memastikan mereka berjaya mendaftarkan pemain home-grown yang berkualiti.

Namun ia kekadang perlaburan yang merugikan kerana harga pemain home-grown yang cemerlang biasanya jauh lebih tinggi.

Sebelum itu mereka pernah gagal mendapatkan hasil terbaik daripada pemain seperti Jack Rodwell dan Scott Sinclair.

Berapakah Kuota?

Peraturan oleh FA England, hanya 17 pemain bukan home-grown yang boleh didaftarkan, 8 lagi adalah wajib untuk diisi dengan pemain home-grown. Ia mandatori!

Chelsea juga pernah dikaitkan dengan Sterling kerana masalah kuota home-grown yang pernah menyebabkan Chelsea mendaftarkan hanya 23 pemain skuad pada musim 2015/16.

Oleh sebab itu Chelsea berusaha sedaya upaya untuk mendapat Cesc Fabregas dari Barcelona.

fab

Lebihan had kuota dikosongkan untuk memberikan laluan kepada pemain bawah 21 tahun mereka yang menyerlah yang boleh didaftarkan pada Januari atau pertengahan musim.

Untuk pasukan yang hanya mampu mendaftarkan 3 pemain home-grown, mereka hanya boleh mendaftarkan 20 pemain sahaja untuk musim tersebut.

Dalam kes bertentangan. Memphis Depay ditandatangani Manchester United pada usia 21 tahun, namun tidak boleh dikira sebagai home-grown player.

depay

Kenapa?

Ini kerana beliau tidak didaftarkan di mana-mana pasukan muda atau kelab utama di England atau Wales sekurang-kurangnya selama 3 musim sebelum berusia 21 tahun.

Kes Paul Pogba pula, beliau diberikan status pemain asal / home-grown kerana beliau didaftarkan 2 musim bersama pasukan belia Manchester United dan satu musim bersama dengan pasukan senior sebelum beliau ke Itali.

FA Rancang Penstrukturan Semula

Buat masa ini, FA England menggunakan sistem 8 pemain home-grown. Mereka dalam perbincangan untuk menambahkannya kepada 13 orang daripada 25 pemain skuad pada masa akan datang.

sterling1

Ini bermakna hanya 13 pemain bukan home-grown yang boleh didaftarkan di dalam pasukan berbanding dengan 17 pada har ini.

Dari segi umur, FA England merancang untuk menurunkan had umur dari 21 tahun kepada 18 tahun.

Seterusnya, FA mahu memastikan sekurang kurangnya ada 2 pelatih home-grown dari akademi kelab tersebut ada didaftarkan dalam 25 pemain utama.

Ini yang bermaksud pemain home-grown yang berasal dari akademi mereka dan bukannya yang dibeli.

Idea-idea ini mendapat tentangan yang agak hebat daripada kelab-kelab besar.

Penjelasan Greg Dyke Dyke

“Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, yang melabur berjuta-juta pound melalui akademi mereka. Kami ada Program Prestasi Pemain Elite (EPPP) yang edang melakukan kerja yang hebat untuk membangunkan bakat muda.”

greg-dyke_2904373a

“Tetapi kebanyakan pemain home-grown yang sedang dibangunkan di akademi ini kerap gagal bermain bola sepak biasa dalam pasukan utama.”

“FA kini akan memulakan rundingan dengan semua pihak yang berkepentingan dalam bola sepak Inggeris.”

“Tujuan kami adalah untuk memperkenalkan perubahan ini dalam tempoh empat musim secara berperingkat sehingga ia berkuatkuasa sepenuhnya oleh permulaan musim 2019-2020.”

Dyke menambah:

“Pada tahun 2014, hanya 23 pemain Inggeris bermain di Liga Juara-Juara berbanding dengan 78 pemain Sepanyol, 55 dari Jerman dan juga 51 dari Brazil.”

“Jika ia tidak dipandang serius, angka angka ini akan menjadi lebih buruk, dan jika kita mahu mengekalkan skuad kebangsaan mampu bersaing.”

“Sebagai badan yang bertanggungjawab untuk semua bola sepak Inggeris, FA akan berusaha mencipta lebih banyak peluang yang mungkin kepada bakat home-grown yang sedang membangun untuk bersaing di peringkat tertinggi.”

“Ini bukan semata-mata untuk menghasilkan kelompk pemain yang berkualiti kepada pengurus England, malah ia juga kerana pembangunan yang holistik.”

“Bakat home-grown adalah asas kepada kekuatan kelab dan merangsang kepada ‘kesihatan’ permainan pasukan Kebangsaan.”

Jadi, disebabkan status home-grown seperti inilah nama nama pemain muda berbakat besar daripada akademi Liga Inggeris, harga mereka akan melambung.

Oleh itu, menerusi cadangan baru itu, FA England akan dapat mengawal keadaan yang menjurus kepada terlalu banyak pasukan besar memilih untuk membeli dan membangunkan bakat yang istimewa sahaja.

FA melihat hasil bakat-bakat seperti Harry Kane, Raheem Sterling, Jordan Henderson, Delle Alli dan beberapa pemain muda lagi, yang berjaya bersaing di peringkat kompetitif kerana pembangunan awal mereka.

Baca juga : 6 Kelab Israel Langgar Peraturan FIFA, Beroperasi Di Tanah Yang Dirampas Dari Palestin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN