Bola Sepak Bulgaria, Walaupun ‘Kecil’ Tapi Penuh Sejarah Dan Kebanggaan

Sejarah bola sepak di Bulgaria bermula apa bila George de Regibis, guru gimnastik berketurunan Swiss membawa sukan itu ke Bulgaria sekitar tahun 1893-1894.

Untuk pengetahuan anda semua, salah seorang daripada pengasas kelab gergasi Turki, Galatasaray adalah berketurunan Bulgaria. Beliau ialah Blagoy Balakchiev.

Ia membuktikan betapa kuatnya pengaruh bola sepak dalam kalangan orang Bulgaria.

Anda Panggil Bola Sepak, Kami Panggil Rinitop

Di Bulgaria, bola sepak disebut sebagai ‘Ritnitop’ yang bermaksud ‘kickball’. Perkataan itu merupakan gabungan dua perkataan lain iaitu Ritnit yang membawa maksud ‘kick’ atau tendang dan ‘top’ pula ada suku kata daripada ‘topka’ yang bermaksud bola.

bulgaria-pp

Bulgarian Football Union(BFU) merupakan badan pentadbir bola sepak di Bulgaria ditubuhkan pada tahun 1923 dan menyertai bdan induk bola sepak dunia, FIFA pada tahun berikutnya.

Perlawanan bola sepak pertama yang dimainkan di Bulgaria dilangsungkan di Varna’s High School iaitu sekolah untuk pelajar lelaki sahaja.

Pasukan Kebangsaan Bulgaria

Pasukan bola sepak kebangsaan Bulgaria digelar The Lions dan bermain di Stadium Vasil Levski yang bertempat di Sofia.

vasil-levski-national-stadium-interior

Stiliyan Petrov adalah pemain yang paling banyak yang membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Bulgaria iaitu sebanyak 105 kaps.

Manakala penjaring terbanyak dalam skuad kebangsaan pula kami rasa anda suda agak siapa beliau. Ya! Beliau adalah bekas penyerang Manchester United iaitu Dimitar Berbatov dengan 48 gol.

Ketika artikel ini ditulis (5 November 2016), Bulgaria menduduki ranking ke-89 dalam ranking FIFA.

Mereka pernah menduduki tangga ketiga dalam ranking FIFA pada Ogos, 1994 iaitu ranking paling tinggi yang pernah dicapai mereka setakat ini.

btr

Manakala ranking paling rendah pada Ogos 2012 iaitu ke-96. Perlawanan antarabangsa pertama Bulgaria adalah pada 21 Mei 1924 dimana mereka tewas kepada Austria dengan jaringan 6-0 di Vienna.

The Lions juga pernah mengalami kekalahan yang terbesar dalam sejarah bola sepak Bulgaria iaitu ditewaskan sebanyak 9-0 ketika menentang Sepanyol pada 1933.

35 tahun kemudian, Bulgaria Berjaya mencatat rekod kemenangan terbesar mereka apabila membenam Ghana sebanyak 10-0.

Bulgaria telah melakukan 7 penampilan di Piala Dunia bermula tahun 1962, seterusnya pada tahun 1966, 1970, 1974, 1986, 1994 dan kali terakhir adalah pada tahun 1998 di Perancis.

Pencapaian terbaik mereka sepanjang beraksi di tujuh edisi Piala Dunia adalah menduduki tempat keempat pada edisi Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

bul94

Dalam kejohanan tersebut, The Lions mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada pasukan penuh bintang Itali. Dalam perlawanan penentuan tempat ke-3, mereka tewas sekali lagi kepada Sweden untuk menduduki tempat keempat.

Dalam aksi Piala Eropah pula, Bulgaria hanya bermain sebanyak tiga edisi sahaja iaitu 1968, 1996 dan 2004. Pada edisi pertama mereka, Bulgaria Berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir sebelum ditewaskan oleh Itali.

Liga Bola Sepak Bulgaria

1. First League

Liga Bola Sepak tertinggi Bulgaria dikenali sebagai First Professional Football League atau disebut sebagai First League.

Mereka ada 14 pasukan yang bertanding dan juara First League akan layak ke peringkat kelayakan UCL atau group stage UEFA Champions League berdasarkan ranking “country coefficient” mereka.

Bagi pasukan ditempat kedua pula akan layak ke peringkat kelayakan UEFA Europa League atau peringkat kumpulan UEFA Europa League juga berdasarkan ranking “country coefficient” mereka.

CSKA Sofia merupakan kelab yang paling banyak meraih gelaran juara First League iaitu sebanyak 31 gelaran.

2. Second League

Divisyen dua pula dikenali sebagai Second Professional Football League ataupun Second League. Ia menghimpunkan 16 pasukan yang bertanding.

Juara liga akan mendapat promosi ke First League. Beroe Stara Zagora adalah kelab yang mempunyai kejuaraan Second League terbanyak iaitu 9 kali juara.

3. Divisyen 3

Divisyen ketiga pula terbahagi kepada 4 divisyen berasaskan faktor geografi. Secara spesifiknya ia dibahagikan kepada:

1. North-West Amatuer Football League
2. South-West Amatuer Football League
3. North-East Amatuer Football League,
4. South-East Amatuer Football League.

Ia untuk memudahkan pasukan yang beraksi dari segi pengurusan kos daripada berbelanja terlalu banyak untuk pergi ke tempat yang jauh sepanjang musim.

Apabila mereka mara ke divisyen lebih tinggi, mereka sudah ada kewangan yang lebih stabil. Sebagai perbandingan Bulgaria hanya berkeluasan 48, 555 batu persegi. Jadi ia bukanlah negara yang besar.

Terdapat 18 pasukan yang bertanding untuk setiap divisyen dan juara setiap divisyen akan layak ke liga yang lebih tinggi manakala dua pasukan tercorot akan turun ke Liga Daerah masing-masing.

Selain liga, mereka ada juga Piala Bulgaria yang menjadi rebutan semua pasukan dari semua divisyen.

Pemain terbaik pernah dimiliki Bulgaria

Walaupun Bulgaria bukanlah sebuah pasukan yang benar-benar pernah menjadi gergasi dalam kalangan Negara Eropah, mereka tetap mampu melahirkan pemain-pemain berbakat dan menjadi tumpuan dalam arena bola sepak.

Antaranya:

Hristo Stoichkov

Penyerang sensasi dan Legenda Bulgaria ini aktif bermain bola sepak sekitar tahun 1982 hingga 2003. Beliau juga pemain terbaik sepanjang zaman dalam negara mereka.

hs

Beliau mengecapi pelbagai kejayaan dalam kariernya terutama ketika beraksi di Barcelona malah pernah memenangi Ballon d’Or pada tahun 1994 dan tersenarai dalam FIFA 100.

Beliau terkenal dengan jolokan ‘The Dagger’ dan juga sikap panas barannya di dalam mahupun luar padang.

Beliau memiliki 83 caps bersama skuad kebangsaan Bulgaria dengan menjaringkan 37 gol. Beliau kini menjadi pengulas sukan di Univision.

Krasimir Balakov

Pemain yang digelar kedua terbaik di Bulgaria selepas Hristo Stoichkov ini aktif sekitar tahun 1983 sehingga 2005.

Bermain di posisi attacking midfielder dan menjadi watak penting dalam kejayaan paling diingati dalam sejarah bola sepak Bulgaria iaitu meraih tempat ke-4 di Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

bk

Mempunyai 92 caps bersama The Lions dengan 16 gol dijaringkan semasa karier skuad kebangsaan.

Stiliyan Petrov

Bagi peminat Liga Perdana Inggeris nama bekas kapten Aston Villa ini bukanlah asing di liga England tersebut.

Stiliyan Petrov merupakan pemain kebangsaan Bulgaria yang paling banyak melakukan penampilan dengan 105 caps untuk skuad The Lions itu.

Pernah bermain di Celtic sebelum berhijrah ke Aston Villa dengan bermain di posisi tengah. Bersara pada tahun 2013 setelah disahkan menghidap Leukaemi pada 2012.

Stiliyan Petrov juga pernah bertugas sebagai staf kejurulatihan Aston Villa selepas menggantung butnya.

stiliyanpetrovdimitarberbatovastonvillaljo3ejjkekyl

Dimitar Berbatov

Penjaring terbanyak dalam sejarah pasukan kebangsaan Bulgaria ini pernah menjadi sebutan di mulut peminat The Reds Devil.

Dimitar Berbatov juga pernah menyarung lilitan kapten skuad kebangsaan dari tahun 2006 sehingga 2010. Pernah memenangi Anugerah Bulgarian Footballer of The Year sebanyak 7 kali mengatasi legenda Bulgaria, Hristo Stoichkov.

Bekas penyerang The Lions ini pernah bermain untuk Tottenham Hotspurs dan Manchester United. Di Old Trafford, Berbatov hampir memenangi kesemua gelaran domestik dan antarabangsa kecuali kejuaraan UEFA Champions League.

Itulah antara perkara yang kami mampu kongsikan dengan anda tentang bola sepak di Bulgaria. Walaupun mereka sekadar negara kerdil namun mereka tetap melahirkan bintang-bintang yang kompetitif.

Nota Editor : Artikel ini ditulis oleh Fakhri Idlan. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].

Baca juga : Peak Pemain Bola Sepak, Bilakah Purata Umur Pemain Berada Di Usia Kemuncak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN