Gonzalo Higuain Dilaporkan Setuju Dengan Terma Untuk Sertai Chelsea

Laporan oleh Gazetta Dello Sports di Itali menyatakan Gonzalo Higuain kini dalam perbincangan untuk memeterai perjanjian ke Chelsea.

Akhbar tersebut juga melapprkan bahawa Higuain telah bersetuju dengan terma yang ditawarkan oleh Chelsea. Maurizzio Sarri mahu menambahkan bisa di bahagian serangan Chelsea. Buat masa ini, Chelsea bergantung kepada Alvaro Morata dan Giroud sebagai no.9.

Dalam beberapa perlawanan, Sarri menggunakan Eden Hazard sebagai 9 jadian selepas pemain seperti Alvaro Morata gagal menunjukkan sengat beliau di hadapan gol.

Sepekara yang menarik, Higuain juga turut bergelut dengan prestasi beliau di San Siro. Beberapa minggu lalu AC Milan menggambarkan mungkin terpaksa melupakan perpindahan secara tetap pemain itu. Higuain hanya menjaringkan 8 gol dalam semua kompetisi musim ini.

Chelsea sanggup untuk membayar £32 juta kepada Juventus untuk memastikan Higuain menjadi pemain mereka. Dan Milan pula dilaporkan mahu mendapatkan Alvaro Morata dari Chelsea.

Walaubagaimanapun, AC Milan berhadapan dengan persaingan dari Sevilla – yang turut mahukan Alvaro Morata. Morata dijangka akan menyertai kelab Sepanyol itu secar a pinjaman.

Gazetta dalam kenyataan mereka berkata: “Chelsea dan Higuain mencapai persetujuan untuk membolehkan kelab itu mendapatkan Higuan serta merta.”

Higuain memiliki musim terbaik dalam karier beliau ketika di bawah kendalian Maurizzio Sarri – di mana beliau menjaringkan 36 gol dalam Serie A pada 2015/16.

Beliau menjaringkan 31 gol sepanjang 3 musim bersama Napoli dan membawa kepada perpindahan bernilai €90 juta ke Juventus pada 2016.

Namun begitu, Pengarah Sukan AC Milan – Leonardo pula menyatakan berita Higuain ke Chelsea hanyalah khabar angin.  Beliau berkata: “Higuain kini dalam detik sukar, beliau harus melupakan semua perkara ini dan fokus untuk bangkit. 1 gol boleh mengubah segalanya, jika beliau terus kekal di sini, beliau perlu memikul tanggungjawab.”

“Tiada gunanya kamu percaya kepada khabar angin. Beliau [Higuain] ada di sini buat masa ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN