Celtic sekali lagi berjaya menewaskan Rangers musim ini selepas mereka menewaskan musuh tradisi mereka untuk kali kedua. Kali ini di dalam aksi Scottish League Cup peringkat separuh akhir.
Celtic ternyata menguasai majoriti perlawanan apabila mencipta 17 percubaan dengan 8 daripadanya adalah percubaan tepat ke arah pintu gol. Berbanding Rangers yang hanya memperoleh 4 percubaan dengan 3 daripadanya percubaan tepat ke arah pintu gol.
Penjaga gol Rangers Matthew Gilks ternyata pemain paling sibuk di padang apabila melakukan 7 saves berbanding Craig Gordon yang hanya menyelamatkan 3 percubaan sahaja.
Usaha keras Celtic berjaya dibalas dengan gol apabila Moussa Dembele menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87.
Celtic akan bertemu Aberdeen dalam aksi akhir Scottish League Cup pada akhir bulan hadapan.
Kesebelasan utama:
Rangers: Matthew Gilks (penjaga gol), Lee Wallace, Clint Hill, Rob Kiernan, Lee Hodson, Jason Holt, Andy Halliday, Josh Windass, James Tavernier, Kenny Miller, Barrie McKay.
Celtic: Craig Gordon (penjaga gol), Mikael Lustig, Jozo Simunovic, Erik Sviatchenko, Kieran Tierney, Scott Brown, Nir Bitton, James Forrest, Tom Rogic, Scott Sinclair, Moussa Dembele
https://www.youtube.com/watch?v=6m4DDmS-tpo
Baca juga: 10 Insiden Kontroversi Yang Pernah Berlaku Antara Celtic & Rangers