VIDEO: Highlights Major League Soccer (DC United 3-1 New York City FC)

Misi New York City FC (NYCFC) untuk menjadi juara saingan liga Major League Soccer (MLS) sedikit terbantut apabila tewas 3-1 di tangan DC United di tempat lawan.

DC ternyata ampuh di tempat sendiri apabila menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama hasil jaringan Patrick Mullins (minit ke-27) dan Bobby Boswell (minit ke-31).

Kesilapan Andoni Iraola telah memberi ruang kepada Rob Vincent untuk menjaringkan gol ketiga DC pada minit pertama separuh masa kedua.

David Villa menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-72.

NYCFC perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan 9 percubaan tepat yang mereka hasilkan. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan penjaga gol DC, Bill Hamid yang cemerlang pada perlawanan tersebut.

Kesebelasan utama:

DC United: Bill Hamid (penjaga gol), Taylor Kemp, Bobby Boswell, Steve Birnbaum, Nick DeLeon, Rob Vncent, Llyod Sam, Luciano Acosta, Jared Jeffery, Patrick Nyarko, Patrick Mullins

New York City FC: Josh Saunders (penjaga gol), Jason Hernandez, Frederic Brillant, Jefferson Mena, Ronald Matarrita, Tommy McNamara, Andrea Pirlo, Andoni Iraola, Khiry Shelton, Jack Harrison, David Villa

Baca juga: Issey Cerita Derita Pemain Kanada Di MLS, Dilayan Seperti ‘Pendatang Asing’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN