Dahulunya Seorang Pelarian, Kini Seorang Penjaring Gol Di Bundesliga

Kadang-kala, kita perlu berkorban untuk mencapai matlamat kita.

Adakalanya kita terpaksa meninggalkan orang yang tersayang di kampung, ibu bapa dan juga sahabat handai.

Adakalanya kita perlu meninggalkan tanah sejauh beribu batu untuk mencari kejayaan, dan kadangkala perlu merentas benua untuk mendapatkannya.

Pergi tinggalkan keluarga

Sebelum ini, nama Ousman Manneh merupakan nama yang tidak dikenali lagi asing dalam dunia bola sepak.

Beliau merupakan seorang pemain berwarga negara Gambia yang terletak di benua Afrika.

Perjalanan Manneh ke dalam dunia bola sepak tidak seperti kelaziman yang dilalui oleh pemain bola sepak lain.

Manneh adalah salah satu dari beribu pelarian dari negara Gambia yang melarikan diri ke Eropah dek kerana masalah kebuluran dan kos sara hidup di sana.

Beliau pergi meninggalkan keluarga pada usia 17 tahun untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik di Jerman. Dan semestinya, mahu mencari wang lebih untuk dikirimkan semula kepada keluarga di Gambia.

Bagaimana pun, Manneh hanya mula menyepak bola selepas mula menyesuaikan diri di Pusat Pelarian Jerman.

Manneh pergi ke sesi percubaan di kelab divisyen 5 Jerman iaitu Blumenthaler pada 2014.

Di situ, bakatnya terserlah apabila menjaringkan 15 gol dari 11 penampilan untuk pasukan remaja mereka.

Bakat yang ada pada Manneh ternyata mencuri perhatian Werder Bremen. Lantas mereka melamar Manneh untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Bremen pada Mac 2015.

Manneh bagaimana pun menyertai skuad simpanan Bremen terlebih dahulu.

Mimpi jadi nyata

Manneh ternyata sedang menjalani hari terindah dalam hidupnya.

Mana tidaknya, sebelum ini beliau hanya seorang pelarian yang tiada hala tuju mencari rezeki di Eropah. Kini beliau seorang penjaring gol di Bundesliga!

Manneh hanya baru bermain sebanyak 4 kali untuk Bremen. Namun penampilan ke-4 ini adalah penampilan terbaik dalam kariernya.

Dalam perlawanan menentang Bayer Leverkusen, Manneh muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Bremen pada minit ke-59!

“Saya langsung tak percaya. Adakah saya bermimpi?!”

“Ini adalah saat terbaik dalam hidup saya!”

1105114_toptease_article_desktop_com

Kemenangan itu memberikan 3 mata penting untuk Bremen yang kini ditangga ke-13 liga.

Manneh ternyata tidak menyangka beliau akan mencipta sejarah untuk dirinya dan negaranya.

“Saya tak tahu nak gambarkan perasaan saya sekarang.”

“Saya bangga menjadi pemain Gambia pertama yang beraksi di Bundesliga. Dan saya juga bangga kerana menjadi pemain pertama Gambia pertama yang menjaringkan gol di Bundesliga!”

Baca juga: Oliver Burke: “Saya Pilih Bundesliga Dari Premier League Demi Masa Bermain”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN