Selepas terkejut dengan gol menarik dari Isaac Cuenca pada minit ke 18. Atletico terus membalas dengan 7 gol untuk membelasah Granada di gelanggang sendiri!
Yannick Carrasco muncul pemain paling menyerlah apabila meledak hatrik pada minit ke 34, minit ke 45 dan minit ke 61.
4 lagi gol milik tuan rumah disumbangkan oleh Nico Gaitan pada minit ke 63 dan minit ke 81. Angel Correa menjaringkan gol pada minit ke 85 sebelum Tiago menamatkan hari cemerlang Atletico pada minit ke 87 dengan gol terakhir perlawanan.
Dengan kemenangan ini membawa Atletico mendahului La Liga dengan 18 mata. Walaupun terikat dengan Real Madrid dengan jumlah mata yang sama, Atletico mendahului dengan kelebihan perbezaan jaringan.
Kesebelasan utama:
Atletico Madrid: Jan Oblak (penjaga gol), Juanfran, Diego Godin, Sebastian Savic, Filipe Luis, Yannick Carrasco, Koke, Gabi, Angel Correa, Kevin Gameiro, Antoine Griezmann
Granada: Guillermo Ochoa (penjaga gol), Tito, Ruben Vezo, David Lomban, Gabriel Silva, Moreno Marquez, Victorien Angban, Isaac Cuenca, Alberto Bueno, Andreas Pereira, Ezequiel Ponce
https://www.youtube.com/watch?v=rK_Isb_F3ww
Baca juga: Diego Simeone Berkeras Griezmann Lebih Layak Menang Ballon d’Or Berbanding Ronaldo