Liga Thailand 2016 Dihentikan! Muangthong United Ditabal Juara, Ada Pasukan Tidak Puas Hati

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT)telah mengarahkan semua perlawanan liga bola sepak dan futsal kompetitif pada 2016 dihentikan serta merta dan pendahulu liga Muang Thong ditabalkan sebagai juara.

mu

Keputusan itu dibuat berikutan kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej (gambar) yang mangkat selepas 70 tahun menerajui takhta.

oct-07-bhumibol-adulyadej

Ia juga sejajar dengan peraturan Kerajaan Thailand yang menggantung semua aktiviti hiburan selama 30 hari sebagai tanda hormat atau berkabung.

Presiden FAT, Somyot Poompunmuang (gambar) mengumumkan keputusan pada hari Jumaat, dan kedudukan liga semasa akan mewakili keputusan muktamad liga.

som

Muangthong mendahului pencabar mereka Bangkok United dengan 5 mata selapas perlawanan ke-31 liga dengan baki 3 lagi perlawanan.

tfl

Mungkin agak malang apabila 3 pasukan tercorot liga Army United, Chainat and BBCU juga sah akan disingkirkan daripada liga utama untuk musim baru.

Naib Presiden Chainat Tidak Puas Hati, Saran Langkah Alternatif

Naib Presiden Chainat, Adirut Nakasai, sudah menyuarakan ketidak puasan hatinya di dalam media sosial dengan keputusan FAT itu, dan turut mengancam akan membubarkan kelab tersebut.

Kenyataan Adirut berbunyi :

“Sebenarnya terdapat beberapa cara lain untuk menyelesaikan isu pasukan yang tersingkir pada musim ini,”

“FAT hanya boleh menurunkan BBCU yang memang sah tersingkir. Liga Thai mungkin boleh menggunakan format 20 pasukan untuk musim 2017.

“Mereka kemudian boleh menyingkirkan 5 kelab tercorot pada musim depan (2017), ini untuk mengembalikan 18 pasukan dalam Liga Thai musim 2018.”

“Kami akan mengemukakan rayuan kepada FAT. Kami rasa ia tidak adil kepada kita untuk diturunkan ke Liga Satu (div.2). Jika keputusan itu tidak berubah, kita mungkin membubarkan pasukan.”

Kejuaraan Akan Ditentukan Melalui Cabutan

Pengerusi jawatankuasa penganjur FAT Supasin Leelalrit berkata: “Tidak akan ada pertandingan bola sepak lagi untuk baki tahun ini.”

“Bagi perlawanan akhir Piala Liga, akan ada cabutan untuk mencari juara, begitu juga Piala FA, akan diadakan cabutan untuk menentukan kedudukan empat pasukan yang tinggal. Tarikh cabutan ini akan diumumkan kemudian.”

Baca juga : Penjaga Gol Thailand Gantung Tangkal Di Pintu Gol, Muncul Hero Selamatkan Penalti Arab Saudi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN