Highlight UEL 2019/20: Arsenal Bangkit dan Mara, Hatrik Jota Julang Wolves

Arsenal bangkit dari ketinggalan dua gol untuk mengikat kelab Belgium, Standard Liege 2-2 di Stade Maurice Dufrasne.  dan seterusnya mara ke peringkat kalah mati saingan Liga Europa (UEL) selaku juara kumpulan F.

The Gunners hanya perlu mengelak daripada tewas lebih dari lima gol untuk menempatkan diri ke pusingan seterusnya dan pengurus interim Arsenal mengambil risiko dengan menurunkan pemain-pemain muda dalam perlawanan ini.

Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Bagaimanapun Samuel Bastien memecah kebuntuan pada awal babak kedua untuk memberikan pendahuluan buat Standard Liege.

Gol pertama itu ternyata menaikkan moral pasukan tuan rumah yang kemudiannya mendapatkan gol kedua pada minit ke-69 menerusi rembatan Selim Amallah.

Ketinggalan dua gol tidak mematahkan semangat juang pemain Arsenal yang merapatkan kedudukan 10 minit kemudian hasil dari tandukan padu Alexandre Lacazette. Ianya merupakan gol ke 15 penyerang Perancis itu dalam 20 perlawanan UEL sejak 2017 termasuk ketika beraksi bersama Lyon.

Dua minit kemudian, pemain remaja, Bukayo Saka menyamakan kedudukan dan memberikan satu mata berharga buat The Gunners.

Pengurus interim Arsenal Freddie Ljungberg gembira dengan pemainnya yang mempamerkan sikap tidak berputus asa dan beliau memuji Saka yang semakin matang dalam permainan.

“Dia [Saka] ternyata sangat hebat. Saya rasa dia mungkin sedikit kecewa dengan saya sebelum perlawanan bermula kerana perlu bermain sebagai pertahanan sayap dan kemudian pertahanan sisi kerana dia tidak menggemari posisi itu.

“Tetapi tidak, dia mempunyai bakat yang luar biasa dan kamu boleh melihatnya di sini.”

Satu lagi perlawanan melibatkan kelab Inggeris menyaksikan Wolverhampton Wanderers meraih kemenengan besar 4-0 ke atas Besiktas hasil di Stadium Molineux.

Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Diego Jota menjaringkan tiga gol dalam tempoh 11 minit menjadikan ianya hatrik pertama buat penyerang Portugal itu dalam saingan UEL.

Gol pertama hadir hanya selepas 72 saat beliau masuk menggantikan rakan senegara Ruben Neves pada minit ke-56. Beliau menambah gol kedua enam minit kemudian.

Selepas Leander Dendoncker menyumbat gol ketiga dua minit selepas itu, Jota merembat masuk gol keempat pada minit ke-69 untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik pasukan tuan rumah.

Namun demikian, kemenangan 4-2 Braga ke atas Slovan Bratislava hanya meletakkan Wolves di kedudukan kedua kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN