Semi finalis Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Ajax Armsterdam dihumban keluar dari saingan Liga Europa (UEL) selepas tewas 3-2 secara agregat kepada Getafe.
Ajax yang telah pun ketinggalan 2-0 dalam perlawanan pertama telah pun ketinggalan pada awal permainan pada minit kelima hasil jaringan Jaime Mata dan menjadikan kedudukan 3-0 secara agregat.
Two early goals in Amsterdam 🤩
Who's going through?#UEL pic.twitter.com/IH9vbw316H
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) February 27, 2020
Danilo kemudian menyamakan kedudukan buat Ajax 5 minit kemudian sebelum pertahanan Getafe, Mathias Olivera menjaringkan gol sendiri pada separuh masa kedua untuk memberikan kelebihan 2-1 buat Ajax.
Bagaimanapun, skuad kendalian Erik ten Hag itu gagal mencari gol tambahan sekalipun memegang 70 penguasaan bola dan pertahanan Getafe kental bertahan sehingga penghujung perlawanan.
Pasukan dari Sepanyol berkenaan ternyata berhak untuk menang selepas merekodkan sembilan percubaan dengan tiga daripadanya terkana tiang dan palang.
A famous result for Getafe 👏👏👏
Into the round of 16 👍#UEL pic.twitter.com/ojCS5n14M8
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) February 27, 2020
Dalam perlawanan tersebut, pemain yang telah mengikat kontrak dengan Chelsea, Hakim Ziyech tidak beraksi kerana mengalami kecederaan betis dan ianya ternyata memberi kesan kepada pasukan.
Selepas tersingkir di peringkat kumpulan UCL sebelum ini, musim Ajax di kejohanan Eropah kini telah pun berakhir.