Manchester City turun menentang Atalanta dalam aksi ke-4 peringkat kumpulan. Sebelum ini mereka menang 5-1 ke atas lawan yang sama.
Man City kelihatan bakal mengulangi kemenangan mudah itu dengan gol awal oleh Raheem Sterling – pemain yang melakukan hatrik ke atas Atalanta sebelum ini.
Man City tidak banyak menyerang pada awalnya. Atalanta jelas pasukan lebih baik dalam usaha mereka menyelamatkan kempen UCL. Namun dengan hanya satu peluang yang dicetuskan, Raheem Sterling menyempurnakannya.
City kemudian mendapat rentak dan Sterling hampir menambah gol. City kemudian dinafikan penalti oleh VAR. Namun sepakan percuma Sterling terkena tangan Ilicic dan penalti diberikan.
Gabriel Jesus melakukan sepakan yang teruk dan tak masuk.
Gabriel Jesus has missed three of his seven penalties taken for Man City. pic.twitter.com/vn2Ph5qU85
— Match of the Day (@BBCMOTD) November 6, 2019
Separuh masa kedua, Ederson digantikan dengan Claudio Bravo. Bravo dibocori oleh Mario Pasalic, hanya 4 minit beliau berada di padang.
Pada baki 9 minit perlawanan, Claudio Bravo dilayangkan kad merah selepas mengasari Ilicic.
1 – Claudio Bravo is the first ever substitute goalkeeper to be sent off in Champions League history. Rush. #ATAMCI
— OptaJoe (@OptaJoe) November 6, 2019
Kyle Walker dimasukkan sebagai penjaga gol kecemasan untuk City.
Beliau berjaya menafikan sepakan percuma pemain lawan. Walaupun bola termuntah namun Walker berjaya mendakapnya.
Kyle Walker has now made more saves (1) than Ederson and Claudio Bravo combined (0) vs. Atalanta.
Start him at Anfield. 😅 pic.twitter.com/t9eR6Qr2s2
— Squawka (@Squawka) November 6, 2019
Manchester City berjaya pulang dengan 1 mata dari Itali.
https://youtu.be/37FZj6wWCjo