Quantcast

BERITA

Highlight UCL: Red Star 0 Spurs 4 – Son Enggan Raikan Gol Kerana Gomes

Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min berkata beliau benar-benar kesal di atas kejadian yang menimpa Andre Gomes pada hujung minggu lalu.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu dibuang padang pada Ahad selepas menjatuhkan pemain tengah Everton, yang mengalami keretakan yang mengerikan ketika kejadian.

Kad merah tersebut sudah ditarik balik oleh EPL.

Gomes telah menjalani pembedahan dan sudah keluar dari hospital pada Selasa untuk meneruskan rehabilitasi.

Son cemerlang dalam membantu Tottenham menangĀ  ketas Red Star di Belgrade dalam aksi UCL.

Son mendedahkan bahawa belia masih terganggu dalam beberapa hari ini kerana insiden tersebut.

Son turut enggan meraikan gol beliau ke atas Red Star dan pergi ke arah kamera dengan menyusun 10 jarinya tanda meminta maaf di atas apa yang berlaku.

Son memberitahu Viasport: “Saya tidak mahu meraikannya kerana saya mahu menghormati apa yang telah berlaku. Saya masih berasa sangat kesal di atas semua ini.”

“Ianya adalah beberapa hari yang sukar dan saya menyedari betapa bertuahnya saya memiliki orang di sekeliling saya, penyokong, kelab, kakitangan kejurulatihan, pemain, rakan sepasukan, mereka banyak membantu saya dan telah memberikan saya mesej agar saya terus kuat.

“Sudah tentu, kepada Andre Gomes saya berharap anda akan pulih secepat mungkin.”

Son menjaringkan gol kedua dan ketiga untuk Spurs dalam kemenangan 4-0 Spurs. 2 lagi gol adalah menerusiĀ Giovani Lo Celso dan Christian Eriksen.