Highlight Serie A: Juventus Lega Debut Balotteli Bersama Brescia Serba Tidak Menjadi

Juventus mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Brescia dalam perlawanan Serie A Itali yang berlangsung pada pagi tadi.

Kemenangan tersebut sekaligus meletakkan kelab Turin itu di kemuncak saingan liga – mengatasi Inter Milan yang masih mempunyai satu perlawanan di dalam tangan.

Brescia turut memberikan penampilan pertama kepada bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Mario Balotelli dalam perlawanan ini.

Namun ianya Juventus yang harus menarik nafas lega atas kemenangan tipis ini, dan deretan peluang yang disia-siakan oleh Balotelli.

Beraksi di halaman sendiri, Brescia terlebih dahulu mengejutkan Juventus untuk berada di hadapan melalui Alfredo Donnarumma seawal minit ke-4 perlawanan.

Namun gol sendiri oleh pemain pertahanan dari Venezuela, Jhon Chancellor menyamakan kedudukan buat Juventus ketika perlawanan berbaki lima minit tamat babak pertama.

Gol kemenangan Juventus dalam perlawanan ini hadir melalui pemain tengah dari Bosnia-Herzegovina, Miralem Pjanic pada minit ke-63 perlawanan.

Juventus beraksi tanpa kelibat Cristiano Ronaldo yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan otot, dan pengendali pasukan, Maurizio Sarri dikatakan enggan mengambil sebarang risiko terhadap pemain tu.

Namun bekas pemain Juventus, Aaron Ramsey berada di dalam kesebelasan utama Juventus untuk perlawanan kedua beliau di Serie A.

Saksikan rangkuman perlawanan pada awal pagi atdi melalui pautan di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN