Sepanyol mengakhiri rekod tanpa kalah Itali dalam pusingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Eropah selama 11 tahun lamanya. Kali terakhir mereka tewas dalam pusingan kelayakan Piala Dunia ialah pada 2006.
Isco menjadi nadi utama pasukan Sepanyol dengan 2 gol berkualiti. Gol ke-3 Sepanyol disumbangkan oleh Morata.
David Villa membuat cameo 2 minit di dalam perlawanan ini selepas penyokong di Bernabeu menyorak meminta pemain itu dimasukkan.
Dalam kedudukan 3-0, ianya masa yang sesuai untuk Lopetuigi memberikan Villa peluang merasai semula aksi bersama skuad Sepanyol. Villa adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Sepanyol.
https://www.youtube.com/watch?v=AdG6VWfAvNw